Artis / Selebriti
” Yang sorang tak ada perasaan, yang sorang lagi kuat gen bapaknya.. ” – Datin Shahida
Video Dato’ Aliff Syukri, Datin Shahida bersama anak-anak mereka, Ammar Ahyan dan juga Qadejah menyanyi di sebuah majlis buat ramai terhibur. Amboi, Dato’ Aliff dah macam kunyah lirik. Qadejah dan Ammar pun kelakar, hehe..
Meninjau di akaun TikTok milik Datin Shahida, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Datin Shahida bersama suami, Dato’ Aliff Syukri serta dua orang anak mereka iaitu Ammar Ahyan dan Qadejah membuat persembahan. Difahamkan video tersebut dirakam ketika mereka menghadiri sebuah acara di Absolut Bazar Singapore, baru-baru ini.
Menerusi video itu, Datin Shahida dilihat menyanyikan sebuah lagu popular dari Indonesia berjudul Jomblo Happy. Persembahannya itu turut mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi apabila Datin Shahida menyanyi dengan penuh santai di hadapan pengunjung yang hadir.
Namun begitu, apa yang lebih mencuri perhatian warganet adalah telatah Dato’ Aliff, Ammar dan Qadejah ketika berada di atas pentas. Gelagat mereka yang bersahaja dan spontan sepanjang persembahan tersebut mencuit hati ramai yang menonton.

Di ruangan kapsyen, Datin Shahida berseloroh mengatakan dirinya berasa penat ‘membawa’ tiga orang tersebut di atas pentas. Katanya lagi, Dato’ Aliff suka menguyah lirik ketika menyanyi, manakala Ammar pula tampil dengan gaya bersahaja seolah-olah tidak mempunyai perasaan.
Tonton video di bawah ini :
@shahidadherbs2 Betul2 penat bawa 3 orang ni,asyik kunyah lirik,yg sorang tak ada perasaan yg sorang lagi kuat gen bapaknya @Aliff Syukri Kamarzaman Baju mama dan cess dari @HijabistaHub Official
♬ original sound – Nur Shahida Mohd Rashid – Nur Shahida Mohd Rashid
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Amayan .. Abah paksa ke Amayan… Kalau nak minta pertolongan.. Kelip mata 3 kali ok.. Hahahahaa.. “
” Datin main singer, dato main dancer, cess maknae, amayan lead dancer.. Ok lah tu datin, cukup lengkap dah tu.. “
” Datin penyanyi no.1.. Dato Alif dancer Aryan & Cess penyanyi latar hahaha.. Suka sangat tengok keluarga ni semuanya berganding bahu dan bermacam² ragam buat kami tersenyum².. “
” Sorang karakter mama,sorang karakter abah. tp btul² klon papanya cco.. Datin memang penyanyi nasyid dulu. Datin penyelamat segalanya love sgt suara.. “
” Perform 4 orang yang nyanyi datin sorang, hahahaha .. Nasib ada datin.. Anggap kata itu salah satu dugaan bulan ramadan datin, ahaha.. “
” Hahahaha hadoi…. Kesian pulak aku tengok amayan ni.. Dalam hati amayan…. bila la lgu ni nk habisss.. “
” Bagus betul teamwork family DAS… Semua perangai dorang ni comel.. Semoga sihat selalu & sentiasa dalam rahmat Allah.. “
Dalam masa yang sama, Qadejah pula dikatakan mengikut perangai Dato’ Aliff. Perkongsian video tersebut sekali lagi menghiburkan warganet yang teruja melihat keletah spontan keluarga usahawan terkenal itu ketika membuat persembahan bersama.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

