Artis / Selebriti
” Dah macam pre wedding, cantik sangat video ni.. ” – Komen Netizen
Video iklan Bella Astillah bersama YB Syed Saddiq untuk Kedai Cincin Ampang buat ramai teruja. Wah, macam video pre wedding je. Cantik sangat Bella, dah macam Puteri Raja..
Umum mengetahui penyanyi dan pelakon terkenal, Bella Astillah bersama YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sering menjadi duta kepada pelbagai jenama produk. Antara jenama yang turut mendapat perhatian ramai ialah Kedai Cincin Ampang (KCA).
Terbaru, menerusi perkongsian di akaun Instagram milik Bella sendiri, telah dimuatnaik sebuah video yang memaparkan Bella bersama YB Syed Saddiq mempromosikan koleksi perhiasan terbaru daripada KCA. Video tersebut tampil dengan konsep yang cukup elegan dan romantik.
Namun begitu, apa yang mencuri perhatian ramai adalah konsep video tersebut yang dilihat seakan-akan seperti rakaman pra-perkahwinan atau pre-wedding. Gaya dan keserasian yang ditampilkan oleh Bella dan Syed Saddiq membuatkan ramai yang terpesona melihatnya.

Bukan itu sahaja, di ruangan komen juga dipenuhi dengan pelbagai reaksi daripada warganet yang turut mengakui perkara tersebut. Ramai yang memuji konsep video itu kerana kelihatan sangat menarik dan romantik. Sehingga kini, video tersebut telah menerima puluhan ribu tanda suka serta ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dah macam pre wedding, cantik giler video ni.. Wow wonderful beautiful.. Sabar menanti wedding BASS.. “
” Kenyang dah tgk video ni,tak yah berbuka nasi..Cantik sangat princess bella and so handsome prince saddiq.. “
” International look, ni klu org yg tak kenal Bass…. Msti dorg ingat model international ni.. Love sngt vt KCA.. Sweet n elegant.. “
” Awwww tak sabar tggu video YB bebetul sarung cincin kt bella.. Rasa macam tak lama lagi dorang ni dah nk kahwin lah.. “
” Bila tengok pasangan ni dah macam tengok drama cina CEO yang jatuh cinta pada cinderella, hehe angau dah aku ni.. “
” Aku syak ni pre wedding.. Mereka dh lama rancang kita yang lalai.. Hahaha.. Btw, cantik sangat Bella, suka tengok.. “
” ow cantik dan comelnyaaaaaa Bella.. Sepadan betul dengan Yb.. Semoga dilimpahkan rezeki yang tidak putus-putus dan dipermudah semua urusan Ybss & Bella.. “
Ada juga yang mengatakan Bella kelihatan seperti seorang puteri yang sangat cantik, manakala Syed Saddiq pula ibarat putera yang setia di sisinya. Tidak hairanlah jika perkongsian tersebut sekali lagi berjaya mencuri perhatian ramai di media sosial.

Silakan SHARE..
Sumber : IG bellaastillah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

