Artis / Selebriti
” Unpredictable betul jawapan Ammar, berdekah aku dengar.. ” – Komen Netizen
Ditanya apakah rahsia rumahtangga bahagia dan maksud cinta tanpa syarat, respon oleh Datin Shahida dan ahli keluarganya buat ramai terhibur. Lain betul padangan masing-masing. Part Ammar tu paling win, tak sangka Ammar jawab macam tu, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik Datin Shahida, telah dikongsikan video yang memaparkan Datin Shahida menerima satu komen daripada peminatnya yang bertanya mengenai apakah rahsia kebahagiaan rumahtangga Datin Shahida bersama suaminya, Dato’ Aliff Syukri.
Selepas membaca pertanyaan itu, Datin Shahida bertanya kepada Dato’ Aliff, adakah Dato’ Aliff bahagia. Selain Dato’ Aliff, Datin Shahida juga ada bertanya kepada anak-anaknya apakah maksud cinta tanpa syarat. Jawapan yang diberikan oleh Qadejah dan Ammar telah membuat ramai yang mendengarnya terhibur.
Seloroh warganet, jawapan yang diberikan Ammar membuatkan mereka tidak menyangka sama sekali. Walaupun jawapan Ammar itu pedih didengar, namun ada benarnya apa yang dikatakan Ammar tersebut. Selain itu Dato’ Aliff juga berkongsi video moment bahagia bersama Datin Shahida.

Melihat kebahagiaan pasangan ini, warganet turut mendoakan agar rumahtangga Datin Shahida bersama Dato’ Aliff akan berkekalan sehingga ke akhir hayat mereka. Sehingga kini, dua perkongsian video itu telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur selepas menonton perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Unpredictable betul jawapan Ammar, berdekah aku dengar.. Kering betul dia bagi jawapan, hahaha.. Bertuah betul anak.. “
” Kalau org tu pelik pun, kena cinta jugak.. Katanya cess, hahhaha.. Jawapan Ammar memang rare, semua jawapan anak2 Datin kelakar.. “
” Amayan ni selalu jawapan di luar kotak.. Tak terjangkau fikiran kita tau, hehehe.. Jawapan dia ada kala tepat dan bernas, haha.. “
” Ammar paling betul.. Tapi bahagia betul tengok keluarga Datin.. Semoga bahagia terus berkekalan hingga ke syurga, amin.. “
” Jawapan Ammar ” sebab dia dipaksa..” Simple, pedih, tepat, padat dan sendat jawapan dia.. Hahahaha anak ini memang bijak sangat.. “
” Ni ke yg katanya haritu sebulan 28 hari gaduh, lg 2 hari je baik.. Macm takcaye je, hehe.. Sweet betul Datin dan Datuk.. “
“Amen YRA.. May Allah bind the love of this family until heaven.. Alhamdulillah.. Semoga sentiasa bahagia.. Aamiin3.. “
Jawapan Ammar kebiasaannya di luar kotak fikiran. Bak komen warganet, ada benarnya apa yang dikatakan oleh Ammar itu. Apa-apa pun, didoakan semoga Datin Shahida dan Dato’ Aliff Syukri terus hidup bahagia bersama dan rumah tangga mereka berkekalan hingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs, aliffsyukriterlajaklaris
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

