Artis / Selebriti
” Amboi comelnya dia bertukang, siap spek lagi tu.. ” – Komen Netizen
Video telatah anak Adira Suhaimi, Ayub ketika melawat orang sakit di hospital buat ramai terhibur. Sempat lagi Ayub repair apa yang rosak yer. Kelakar betul tengok gelagat Ayub bertukang, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi terkenal Adira Suhaimi, ada dimuatnaik video yang memaparkan Adira pergi menziarahi sahabatnya yang berada di sebuah hospital. Menerusi video itu, turut menemani Adira adalah anak keempatnya, Ayub.
Namun, apa yang mencuit hati adalah Adira sempat merakamkan telatah Ayub ketika berada di hospital. Kelihatan Ayub sedang bermain dengan alat permainan bertukang miliknya. Tulis Adira di ruangan kapsyen, Ayub tidak datang melawat pesakit, tetapi dia datang bertukang.
Telatah Ayub tersebut turut mengundang tawa warganet. Ramai yang terhibur dan seloroh mereka, Ayub seorang yang kelakar. Bukan itu sahaja, warganet turut mengusik di ruang komen mengatakan gaya Ayub saling tak tumpah seperti bapanya, Dato’ Red.

Selain terhibur, ada yang mendoakan semoga Ayub membesar menjadi anak yang bijak. Sehingga kini, video Ayub sedang bertukang di hospital itu telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet. Alahai Ayub, comel sungguh gelagat Ayub.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai kata usikan telah diberikan warganet setelah menonton video telatah comel Ayub ini. Antara komen tersebut adalah :
” Amboi comelnya dia bertukang, siap spek lagi tu.. Kalau macam ni, kena tolak dari invoice hospital sb bg katil defect, haha.. “
” Sana jua ia kan betukang adoi, ahahaha nada bah berehat pesakit atu.. Memang perangai bapak dia ni, hahaha suka bertukang.. “
” Hahhahaha adoiiiii penat laa ayub aunty tgk mcm niii.. Ayub nanti free repair atap rumah aunty tau. Bocor ni hujan lebat.. “
” Bahahahahah kau slh tmpt ye nak.. Tolong dek Ayub… Repair poket acik yg bocor ye.. Ayub2, moga jadi anak yang bijak, soleh.. “
Ayub kini dalam fasa ingin mencuba sesuatu yang diminatinya. Walaupun berada di hospital, Ayub tetap membawa ‘barang tukangnya’. Apa-apa pun, perkongsian video oleh Adira ini memang mencuit hati, semoga Ayub membesar menjadi anak soleh dan cerdik pandai.

Untuk sekadar info, Adira memiliki empat orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama bekas suaminya, Dato’ Red iaitu Anggrek, Asan, Anggun dan Ayub. Walaupun pasangan ini sudah berpisah, namun mereka masih menjadi sahabat baik dan bersama-sama membesarkan keempat anak-anak mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG adirasuhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

