Artis / Selebriti
” Tak pernah dengar dia nyanyi lagu macam ni, lagu-lagu nasyid tu biasa lah.. ” – Netizen
Video Throwback Arwah Suhaimi Saad Menyanyikan Lagu Puncak Kasih Nyanyian Asal Ziana Zain Ketika Live Raih Perhatian Ramai. Wah Tak Sangka Suhaimi Boleh Nyanyi Lagu Ni. Sedap Dan Merdu !!
Sejak pemergian bekas penyanyi kumpulan In-Team iaitu Suhaimi Saad, banyak video-video throwback Suhaimi kembali tular di media sosial. Suhaimi sememangnya gemar membuat video live bersama para peminatnya dan sering menyanyi ketika sesi live.
Antara video nyanyian Suhaimi yang kembali meraih perhatian ramai ialah ketika Suhaimi menyanyikan lagu popular Ziana Zain yang berjudul Puncak Kasih. Jarang sekali kita melihat Suhaimi menyanyikan lagu selain nasyid dan lagu penyanyi wanita.
Suhaimi sememangnya mempunyai suara yang merdu dan siapa sangka boleh juga membawakan lagu penyanyi wanita dengan suara tinggi. Ramai yang memuji kemerduan suara Suhaimi ketika sesi livenya itu. Suhaimi sememangnya seorang yang berbakat besar.

Perkongsian kembali video live ini telah menerima lebih tujuh ratus tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ketika membuat live juga Suhaimi gemar membuat lawak dan sentiasa menghiburkan peminatnya.
Jom tonton video di bawah :
@abcdibo Live Feb 2023. Byk record time nyanyi sbb minat suara #suhaimisaad #inanaim
Di ruangan komen, ramai yang memuji kemerduan suara Suhaimi Saad. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Masa live dia aku sllu ulang2 ckp mint dia n ina naim… dia bls tq.. suara yg ckup best untk ddgr.. sedap suara dia.. suara dia lemak. sedap.. “
” ALLAHHUMMA FIRLAHU WARHAHU WAHAFIHI WAFUANHU..semoga ditempatkan orang2 yang beriman..al-fatihah buat arwah suhaimi saad.. “
” Rindu suara ni.. Minat dr dlm kumpulan inteam lg. Allahuakbar, Al-Fatihah buat arwah Suhaimi Saad Ameen Ameen Ameen.. “
” Allah lebih menyayanginya.. Al-Fatihah buat arwah suhaimi.. berapa untung meninggalkan dunia dlm husnul khatimah.. “
” Sedap suara SS takpernah degar ia nyayi lgu cam ni,lgu2 nasyid 2 tu biasa lhh..hebat lh.dlm pda behibur tu, dia tak lupa pda tangung jawab nya,Al fatihah.. “
” Teringat selalu tgk live ss, Alfatihah buat arwah Suhaimi Saad.. dikala ramai yang kondem dia,hina dia…betapa tinggi darjatnya Allah naikkan.. Subhanallah.. “
” Masa ni berada dlm live arwah.SS suka bawa lagu D.Siti Norhaliza & Ziana zain.teringat nyanyi lagu ni dgn memey angkat kening Mata.SS memang menjiwai.. “
Kini hanya kenangan sahaja yang tinggal seteleh pemergian Suhaimi. Video-video lama Suhaimi hanya mampu mengubati kerinduan para peminatnya yang sering mengikuti sesi live Suhami. Semoga roh Suhaimi Saad ditempatkan di kalangan orang-orang beriman.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Adbhd
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen



