Artis / Selebriti
” Allahu, sedapnya suara Hadie zikir macam ni. Sejuk perut ibu mengandung.. ” – Komen Netizen
Ina Naim kongsi teaser rakaman suara Hadie Elfardie mengalunkan Zikir dan Selawat untuk album baru Hadie dan Sallman Elkhoyri curi perhatian warganet. Alahai sejuk hati dengar alunan zikir tu, lunak dan merdu sungguh suara..
Langkah anak-anak Ina Naim dan arwah Suhaimi Saad, Hadie Elfardie dan Sallman Elkhoyri semakin maju ke hadapan dalam dunia seni. Selepas merakamkan lagu single Dusta Sebuah Cinta, Hadie kembali lagi ke studio rakaman dan kali ini Hadie tidak keseorangan dan bergandingan bersama adiknya, Sallman Elkhoyri.
Menurut satu sumber di akaun Tiktok Munsyeed, Hadie dan Sallman bakal keluar dengan album Zikir dan Selawat dan dikatakan album istimewa diterbitkan di bawah label Inteam Record. Kumpulan Inteam sememangnya antara sahabat akrab dan teman sekumpulan ayah mereka, arwah Suhaimi.
Meninjau ke akaun Tiktok Ina Naim, telah dikongsikan sedikit sedutan video yang memaparkan sesi rakaman Hadie dan Sallman di studio. Suara Hadie mengalunkan zikir dalam video ini meraih pujian daripada warganet yang menonton video tersebut.

Suara lunak dan merdu Hadie cukup sinonim dengan irama nasyid dan pastinya gandingan bersama Sallman akan mencetuskan satu fenomena tersendiri. Legasi Suhaimi Saad bakal diteruskan oleh anak-anaknya dan menjadi ladang pahala untuk Suhaimi di sana.
Jom tonton video di bawah :
@inasuhaimi78 Nantikan album zikir dan selawat dari hadie dan sallman. #inanaim #hadie #sallman #zikir #solawat
@munsyeed Dalam satu hantaran di media sosial, Hadie Elfardie memaklumkan bakal muncul dengan album Zikir & Selawat bersama adiknya, Sallman Elkhoyri tidak lama lagi. Walaupun tidak menyebut syarikat rakaman yang bakal menghasilkan album tersebut, namun dari sumber yang terdekat menyatakan album istimewa ini bakal diterbitkan dibawah label Inteam Records. Hadie dan Sallman pada sesi photoshoot yang diadakan di Kuala Lumpur telah mengenakan kurta yang ditaja oleh Sufiya. Berita lanjut bakal menyusul di Munsyeed.com. #munsyeed #hadie #inteam #inteamcore #hadiefc @ADI? @Hadie FC @INA SUHAIMI @Daddy 🍉 MKR 🍉 @Inteam @Hisyam inteam @Amin Inteam @Syah Inteam @AROS @SOFFIYA🇵🇸✨ @Saidatul🇵🇸
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Alhamdulillah.. semoga menjadi pahala berterusan, menenangkan hati pendengar, dan memberi manfaat berpanjangan.. “
” Syukur alhamdulillah ni la yang kita tunggu-tunggu dari Hadie dan Sallman.. alhamdulillah anak-anak Soleh SS yang mendamaikan jiwa.. “
” Alhamdulillah sejuk perut ibu mengandung.. terbaik moga anak-anak arwah SS terus berjaya dunia dan akhirat.. “
” Bagus Hadie dlm dia bersuka ada zikir yg sentiasa ingatkan diri pd Allah terus kirimkan pahala untuk arwah ayahnya….. moga Hadie terus jadi anak yg Soleh yg boleh bimbing adik-adik.. “
” Alhamdulillah, Allahu sedapnya suara Hadie zikir macam ni. sejuk perut ibu mengandung.. bagus ni lagi lagi dekat bulan Ramadhan. Good luck Hadie, Sallman dan team.. “
” Wah tahniah Hadie dan Sallman, sejuknya hati dengar. Teruskan Hadie legacy SS bersama adik-adik. semoga Hadie dan Salman terus berjaya dunia akhirat …. pahala terus berjalan ke arwah ayahnya.. “
” Mashaa Allah Tabarokallah suara hadie menjadikan zikir penenang jiwa unt seluruh umat islam Allahuakbar.. Alhamdulillah ini yang ditunggu-tunggu.. teruskan legasi nasyid arwah SS, moga pahala terus mengalir utk SS.. “
Baru sedikit teaser sahaja sudah menarik perhatian pendengar. Ini sememangnya dinanti-nantikan oleh ramai peminat Hadie dan arwah Suhaimi. Semoga Hadie dan Sallman dapat meneruskan legasi Suhaimi dan menjadi penyanyi yang hebat suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ina Suhaimi, Tiktok munsyeed
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

