Artis / Selebriti
” Menggamit memori dengar tiga beradik ni menyanyi lagu ayah diorang.. ” – Komen Netizen
Video anak-anak Ina Naim, Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri dan Phyrosh Elfadwah menyanyi lagu arwah ayah mereka buat netizen tersentuh. Lunak dan merdu suara tiga beradik ini. Penuh penghayatan dan menyentuh ke hati..
Anak-anak perkongsian hidup Ina Naim dan arwah Suhaimi Saad iaitu Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri dan Phyrosh Elfadwah semakin dikenali ramai. Tiga beradik ini sering membuat live bersama dan melayani permintaan viewers untuk mendengar mereka menyanyi.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Tiktok Updatesuperstar, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan sesi live Hadie, Sallman dan Phyrosh. Ketiga-tiga beradik ini sangat ceria dan banyak celoteh apabila bersama. Sallman paling banyak bercakap tetapi tidak mahu menunjukkan wajahnya kerana pemalu.
Seperti biasa, mereka akan menyanyi untuk menghiburkan viewers yang menonton live pada ketika itu. Kali ini, banyak lagu arwah Suhaimi yang didendangkan. Antara lagu yang menggamit memori wargamaya berjudul Doa Untuk Ibu dan Kesekian Kalinya dinyanyikan dengan penuh penghayatan.

Sayu hati warganet mendengar anak-anak Suhaimi menyanyikan kembali lagu ayah mereka. Lirik yang mendamaikan dan menyentuh hati. Paduan suara adik beradik ini sangat harmoni dan melengkapi antara satu sama lain. Warganet juga memuji mereka sebagai trio adik beradik terbaik.
Jom tonton video di bawah :
@updatesuperstar tiga2 berbakat Hadie @yosh Dan @_sallmanelkhoyri. #fyp #viral
@updatesuperstar Anak kesayangan rakyat Malaysia. Al Fatihah untuk arwah SS. #fyp #viral
@updatesuperstar
@updatesuperstar ….. banyak celoteh adik beradik ni kalau bergabung. #fyp #viral
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sedap suara ketiga-tiganya.. best trio siblings.. dorang bawak lagu SS, Kesekian Kalinya best sangat. lagu ss feat Munif Hijjaz.. “
” Alhamdulillah.. Seronok tengok anak-anak arwah Ss & ina naim berkasih sayang antara adik beradik.. Hadie hensem, Yosh cantik, Salman cute.. “
” Rasa terbuai buai bila dgr suara hadie ni. tambah pula suara Sallman dengan Yosh, dejavu la love 3 beradik ni punya suara.. “
” Memang la korang ni terbaikkk.. triomut,, suara Sallman sebiji suara SS.. ermm sedihnya lirik. teringat ss nyanyi dengan anak-anak dulu.. “
” Sedapnya suara dorang bertiga ini. masing-masing ada lunak dan lenggoknya.. Hadie sorang menghayati.. mungkin ingat arwah ayahnya.. “
” Tak jemu dengar suara tiga beradik ni. suara emas SS ada pada dorang ni. sedih pulak dengar hadie, sallman, yosh nyanyi lagu SS tu.. nasib yosh tak nangis.. “
” Menggamit memori dengar tiga beradik ni menyanyi lagu ayah dorang. suara Hadie, Sallman, Yosh memang sedap dan merdu.. nyanyi santai camni pun dah sedap dan cukup rasa.. “
Terhibur warganet mendengar nyanyian Hadie, Sallman dan Phyrosh itu. Suara merdu tiga beradik ini adalah anugerah Allah yang berharga dan jika terus digilap pasti akan menjadi sehebat arwah ayah mereka. Apa-apa pun, semoga perjalanan hidup Hadie, Sallman dan Phyrosh berjalan dengan lancar dan berjaya dunia serta akhirat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Updatesuperstar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

