Artis / Selebriti
” Ramai orang kata, eh Hadie ni macam dah berubah lah sejak ayah dia tak ada. Nampak macam kejutan budaya lah.. ” – Hadie
Video Hadie Elfardie menjawab isu dikatakan sudah berubah dan mengalami kejutan budaya raih perhatian ramai. Ini respon Hadie sendiri..
Penglibatan Hadie Elfardie iaitu anak sulung Ina Naim dan arwah Suhaimi Saad dalam industri hiburan tanahair mendapat liputan media dan wargamaya. Hadie mempunyai bakat nyanyian semulajadi dan suara jantannya menjadi trademark dan tarikan untuk Hadie.
Sejak dikenali ramai, segala tingkah laku Hadie dan pergaulannya menjadi perhatian wargamaya. Pernah juga timbul isu pergaulan Hadie yang dikatakan agak bebas dan tidak menjaga batas pergaulan bersama rakan-rakan Talk To My Manager sehinggakan Hadie dilabelkan sebagai culture shock.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Babypian, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Hadie menjawab isu kejutan budaya itu. Hadie seperti selalu tetap tenang menjawab apa sahaja kontroversi yang melanda dirinya dan tidak mudah melatah.

Hadie turut berkongsi cerita mengenai satu pesanan yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya di mana ianya menjadi pegangan Hadie dalam meneruskan kehidupan. Bagus arwah SS kerana dia tahu kehidupan Hadie masih panjang dan Hadie perlukan satu pegangan agar dirinya tidak hanyut dengan duniawi.
Jom tonton video di bawah :
@babypianhq Korang rasa hadie dah berubah ke ? Doa kan baik-baik je tau
Antara perkongsian lain Hadie mengenai arwah ayahnya :
@babypianhq “ayah tak sepanjang masa garangg” Moment indah hadie dengan ayah dulu, Apa moment paling indah korang dengan ayah korang cuba share sikit?? Kotkot sama dengan Hadie….
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Sape ckp hadie dh berubah? Arwah ayah dia mmg ajar dia menyanyi dari kecik. Siap hantar kelas muzik. Mmg tu impian arwah dia. Netizen tt jgn melebih2 eh.. “
” Hebatnya didikan arwah ayah Hadie dan ibunya. Homeschooling dengan arwah ayahnya menjadikan dirinya ada sahsiah diri yang tinggi.. “
” Pemikirannya sangat matang. Namun sebagai remaja dia juga berhak meraikan zaman remajanya. Kita doakan yang baik-baik saja untuk Hadie sekrga.. “
” Ye … saya yakin hadie tak akan lupa pesan arwah ayah. Kehidupan Hadie normal seperti anak2 yg lain juga. Semoga kuat semangat selalu Hadie, percaya dengan diri sendiri.. “
” Hadie ank yg soleh.. yg bertggungjwb.. ibu plk pandai arrange ank2nye.. ayah tiri plk yg baik hati sngt.. so kita x yah risau lah ekk… hadi ank yg terbaik dah.. “
” Hadie bkn mcm tu..dia ingt pesan arwah ayahnya n ina mak dia.. bkn jenis lupa diri.. insyaAllah terbaik ibubapa hadie. anak soleh bertuah ina dan ss.. “
” Terbaiklah pesanan suhaimi kepada ank2 nya. jgn tinggalkan solat. itu lah tiang iman seseorang muslim. hadie menjawab dengan berilmu.. hadie anak yg baik, insyaAllah semua pesanan almarhum ayahandanya akan tersemat dlm dirinya sampai bila-bila.. “
Pesanan azimat daripada sang ayah yang akan sentiasa tersemat dalam hati Hadie dan itu lah yang akan menjadi benteng Hadie dari segala cinta duniawi, Insha Allah. Semoga Hadie terus berpegang dengan prinsipnya dan mengekalkan jati diri yang diterapkan oleh arwah SS sampai bila-bila. Terus maju jaya dan berjaya dunia akhirat Hadie Elfardie.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Babypian
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

