Artis / Selebriti
” Suara arwah Siti Sarah, penuh keibuan. Rindunya dengar.. ” – Netizen
Perkongsian Video Throwback Perbualan Arwah Siti Sarah Raissuddin Dengan Anaknya, Talita Buat Ramai Tersentuh. Perkongsian Sempena Birthday Talita Ini Menyentuh Hati Ramai. Lembutnya Suara Sarah, Ramai Yang Rindu !!
Umum mengetahui yang penyanyi arwah Siti Sarah Raissuddin mempunyai empat orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama pelawak Shuib Sepahtu iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin dan Ayash Affan.
Hari ini, anak kedua arwah Sarah, Talita atau lebih mesra dengan panggilan Dekta menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 11 tahun. Meninjau di akaun Instagram Siti Sarah, telah dikongsikan video throwback ketika Dekta masih kecil.
Namun apa yang menarik warganet adalah suara arwah Sarah yang sedang bercakap dengan Dekta. Ramai yang meluahkan rasa rindu apabila mendengar suara arwah Sarah dan mengatakan suaranya ketika bercakap dengan Dekta penuh dengan sifat keibuan.

Selain itu, ramai yang menitipkan doa-doa yang baik kepada Dekta sempena hari lahirnya. Sehingga kini, video Dekta ketika kecil telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai cepatnya Dekta membesar, comel wajah Dekta ketika kecil.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan dalam masa yang sama mereka turut memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Dekta. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Suara arwah Siti Sarah, penuh keibuan. Rindunya dengar.. Selamat hari lahir Dekta, semoga menjadi anak yang solehah buat arwah ibu.. “
” Happy birthday Talita, tarikh birthday kita sama.. Al-fatihah buat arwah ibu Dekta, Siti Sarah, semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.. “
” Selamat Hari Lahir Dekta semoga bertambah usia mu, semoga yg baik2 utk kamu.. Al fatihah buat arwah Siti Sarah Raissuddin rindu suara ni.. “
” Selamat Hari Lahir kak Talita, semoga pjg umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yg pjg dan selalu dlm lindungan Allah S.W.T Amin ya rabb.. “
” Happy Birthday Talita semoga sihat, banyak rezeki, kasihsayang, solat 5waktu, humble and smart girl ye sayang.. Anak daddy, ibu n mummy yang baik.. “
” Happy birthday Talita semoga menjadi ank yg solehah berjaya dunia akhirat.. Aamiin.. Sebak pula dengar suara arwah Siti Sarah.. “
” Selamat ulang tahun yg ke 11 talita semoga menjadi anak solehah yg bijak pandai.. Menghormati org tua. Yag pandai jaga adik2 dan yg dgr kata akhlak yg baik.. “
Pejam celik, pejam celik hampir dua tahun lebih arwah Sarah meninggalkan kita. Meskipun Sarah sudah tiada lagi, ramai yang masih tidak dapat melupakannya. Di kesempatan ini, kami dari Berita Kopak juga ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Dekta. Semoga Dekta terus membesar menjadi anak yang baik kepada daddy, arwah ibu dan mummy. Al- Fatihah untuk arwah Siti Sarah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG sitisarahraissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

