Artis / Selebriti
” Lenggok dia sedap betul. Ni lagi Siti daripada Siti original ni.. ” – Komen Netizen
Video anak Siti Sairah, Amad mendendangkan lagu Jerat Percintaan raih pujian warganet. Wah sedap sungguh suara Amad menyanyi lagu Tokti ni. Dia punya lenggok tu yang mahal..
Baru-baru ini, adik kepada biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Siti Sairah ada memuatnaik satu video yang memaparkan anak keduanya, Amad membuat persembahan di sekolah. Video persembahan Amad itu viral di media sosial dan menjadi perbualan ramai.
Meninjau entry di akaun Instagram Umairah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amad menyanyi lagu yang menaikkan nama DS Siti iaitu Jerat Percintaan. Nyanyian oleh Amad itu membuatkan ramai yang teruja dan kagum. Suara yang merdu, semerdu suara Sairah dan DS Siti.
Cara Amad mengawal suara dan pernafasannya juga dipuji warganet. Amad ada tone yang bagus dan kedengaran seperti suara DS Siti ketika remaja dahulu. Mendengar alunan suara Amad itu, ada juga yang menyangka ianya suara daripada seorang perempuan.

Amad tidak meniru gaya DS Siti menyanyi lagu ini dan menyanyi dengan caranya yang tersendiri. Bukan senang lelaki nak menyanyikan lagu penyanyi wanita. Lenggok suara Amad berbeza dan Amad tahu bagaimana untuk menyedapkan lagi lagu ini. Sememangnya semua ahli keluarga besar DS Siti ini memiliki suara lunak dan merdu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” MasyaAllah sedapnya suara dia.. Alhamdulillah.. suara semua sedap2 satu family.. mendayu2 suara Che Mad.. “
” Yeahhh itudiaaaaa membaraaaaaaa.. amad nyanyi lagu fevert abg hakim ni. aduhhh tak puas dengar suara.. paduuuuu.. “
” Wehhh suara dia paling hampir dgn dato sri siti.. clear dan nyaring.. Dengar suara tanpa tgk muka,ingat girl yang nyanyi.. “
” Sedap versi dia.. jarang tgok skg generasi seusia dia ni mampu bawa lagu legend.. bakal mewarisi legasi Tokti.. “
” Kenape simpan dia selama ni.. Aku dah start minat dengan adik umai ni… mula2 dengar masa dia nyanyi lagu seribu kemanisan … terus terpukau dengan suaranya.. “
” Bakal tersohor mcm mak iti nih.. sedap suara Amad.. Bawa lagu mak sedara dia pon secara tersendiri.. “
” Asal dgn macam suara mak iti dulu2… sedappp.. Born talented.. Dah ada aura tersendiri wowwww.. nyanyi style die plak tu.. “
“Aku suka version adik ni.. Lenggok dia sedap betholl.. ni lagi siti dari siti ori ni.. superb meremang bulu roma dengar.. “
” Aku betul2 suka jatuh cinta dgn suara budak niiii ya Allahh dgr sambil pejam mataaaa.. ada style tersendiri n nyanyi dengan bersahaja.. “
Video nyanyian Amad membuatkan ramai yang mula meminatinya, suara yang unik dan ada lenggoknya tersendiri tanpa perlu meniru lenggok DS Siti. Tidak mustahil suatu hari nanti Amad boleh menjadi penyanyi hebat sekiranya bakatnya ini diketengahkan lagi. Semoga Amad berjaya dalam pelajaran dan terus mengilap bakat nyanyian yang ada.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Umairah_sairahtarudin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

