Connect with us

Artis / Selebriti

” Saya memang dapat lagu tu, saya dah rekod tapi.. ” – Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Video DS Siti Nurhaliza dedah pernah merakamkan lagu Jaclyn Victor, Di Bawah Pohon Asmara terlebih dahulu. Rupanya ada kisah di sebaliknya lagu tersebut yang akhirnya menjadi milik Jac. Tak sangka ini sebabnya..

Nama Dato’ Seri Siti Nurhaliza dan Jaclyn Victor sememangnya cukup besar dalam industri muzik tanah air. Kedua-duanya mempunyai kekuatan vokal tersendiri, malah sering menjadi pilihan komposer untuk membawakan karya-karya hebat.

Namun ramai yang tidak tahu, lagu Di Bawah Pohon Asmara sebenarnya pernah dirakamkan terlebih dahulu oleh DS Siti sebelum akhirnya menjadi antara lagu ikonik Jaclyn Victor. Menurut cerita di sebalik pembikinan lagu tersebut, pihak produksi pada awalnya memilih DS Siti untuk menyanyikan lagu berkenaan.

DS Siti juga dikatakan sudah masuk ke studio rakaman dan mencuba membawakan lagu itu mengikut versinya sendiri. Bagaimanapun, selepas sesi rakaman dilakukan, mereka merasakan lagu itu kurang “kena” dengan tona serta lenggok suara Siti.

Bukan kerana vokalnya tidak bagus, tetapi karakter lagu tersebut memerlukan jiwa dan lontaran vokal yang lebih sesuai dengan identiti nyanyian tertentu. Akhirnya, lagu itu diberikan kepada Jaclyn Victor, satu keputusan yang ternyata tepat. DS Siti juga turut mengakuinya.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Versi tokti pon bestt. sbb tu siti ni biduanita negara. hati tu cantik. So material asalnya untuk album Transkripsi la ek.. “

” Kalau xsilap 2 lagu tu dah release oleh penyanyi lain kemudian barulah SRC keluarkan lagu nyanyian ctdk utk album kompilasi.. “

” Ooo mungkin composer tu menilai dulu… Composer bg kat beberapa penyanyi utk test kot. So composer pilih jac.. Lagu nyanyiam masha pum aflda klu xsilap.. “

” Tokti ni mmg xpernah rasa dengki pada org sbb tu rezeki dia mencanak canak. kak rozy ni external hard disk tok ti. semua detail die save. tanye je petik jari kak rozy boleh jawab.. “

” Bkn ke Kisah Hati lagu Alyah pun actually komposer hntr utk album Siti tapi Siti tak pilih lagu tu..dengar2 laa mcm pernah baca org info tapi tak tau la betul ke tak hahha.. “

” Dia kata dia nyanyi xde… soul????? biar betul… slalu aku dgar terlebih soul… klu live… soul dgn spirit menyatu wei… hidup terus… “

” Yes setuju . tak semua lagu sesuai walaupun tokti top 1 . same macam lagu Marsya Untuk Terakhir Kali . walaupun tu tokti dah record, tp lagu tu diberi pasa Marsya . yes mmg sesuai ngamm dgn Marsya .. “

Sebaik sahaja dibawakan oleh Jac, lagu Di Bawah Pohon Asmara terus meninggalkan impak tersendiri. Vokal powerhouse miliknya, digabungkan dengan emosi yang mendalam, membuatkan lagu tersebut lebih hidup dan melekat di hati pendengar.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Eraje

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
🏛️ Politik: Politik⚽ Olahraga: Olahraga📰 Berita🎬 Hiburan: Hiburan💰 Ekonomi: Ekonomi💻 Teknologi: Teknologi🏥 Kesehatan: KesehatanPendidikan
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized