Connect with us

Artis / Selebriti

” Pertama kali jumpa Sultan sekop pasir.. ” – Komen Netizen

Video Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mencemar duli bergotong royong bersama penduduk kampung raih pujian ramai. 1st time tengok Sultan sekop pasir dan kutip sampah macam ni, humble sungguh..

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencemar duli ke Kampung Bantal, Ulu Tembeling, Jerantut bagi menyempurnakan majlis penyampaian sumbangan alat perubatan oleh Institut Jantung Negara semalam.

Bantuan kepada golongan asnaf turut disampaikan pada majlis semalam. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok wanzamzuriwanhasenan, telah dikongsikan moment menarik sepanjang Sultan Pahang dan Tengku Hassanal berada di kampung tersebut.

Sultan dan anakandanya itu turun padang dan turut sama bergotong royong bersama penduduk kampung untuk membersihkan sekitar kampung. Tuanku langsung tidak kekok untuk melakukan kerja-kerja pembersihan begitu juga dengan Tengku Hassanal.

Tuanku sememangnya terkenal di kalangan rakyat jelata sebagai sultan yang berjiwa rakyat. Setiap kali musibah banjir melanda di negeri Pahang, Tuanku antara orang pertama yang akan turun melawat rakyatnya bagi menghulurkan bantuan dan sumbangan.

Jom tonton video perkongsian di bawah :

@wanzamzuriwanhasenan

#CapCut

♬ Mozart Hidden Violin – Colonial Music

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan adalah :

” Ntah, aku rse Sultan Pahang ni mcm function betul dengan rakyat.. Tuanku didik anakanda tuanku dengan cara tuanku… Terbaik selamanya.. “

” Sultan pahang serta keluarga baginda mmg berjiwa rakyat. Sultan yg paling dikasihi dan rakyat.. “

” Tuanku kita ni jika hidup di zaman Tuanku sultan Abu bakar..mesti boleh mengemudi perahu mudik dari pekan ke Ulu Tembeling. Jiwa satria dan sentiiase bersama rakyat. Daulat Tuanku.. “

” Masya Allah…. Allah huakbar raja yang berjiwa rakyat… saya banga duduk dibumi pahang… Alhamdulillah.. “

” Kerabat d raja yg sesungguhnya berjiwa rakyat, saya kagum.. terbaik Alhamdulillah Tuanku Sultan Phg dan Tengku mahkota Pahang.. “

” Pertama kali jumpa sultan scope pasir. boleh tak bagi pinjam dekat warga Sabah sultan 1 family untuk setahun. Aduh bestnya ada sultan macam ni.. “

” Daulau Tuanku, sultan yang berjiwa rakyat Alhamdulillah syukur. Untung orang pahang ada sultan baik macam ni. Sultan terus buat kerja, memang terpaling padu.. “

Sultan dan Tengku Mahkota Pahang yang sangat berjiwa rakyat. Mana lah rakyat Pahang tidak sayangkan keluarga di raja ini, keperibadian Tuanku dan Tengku Mahkota itu mengagumkan rakyat jelata. Semoga Sultan Pahang dan Tengku Mahkota sentiasa dalam rahmat Allah dan sihat selalu hendaknya.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok wanzamzuriwanhasenan   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Cosmoderm

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
🏛️ Politik: Politik💻 Teknologi: Teknologi🎬 Hiburan: HiburanPendidikan⚽ Olahraga: Olahraga🏥 Kesehatan: Kesehatan📰 Berita💰 Ekonomi: Ekonomi
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized