Artis / Selebriti
” Sedap juga suara Pekin bila nyanyi. Ingatkan penyanyi dari sebarang tadi.. ” – Komen Netizen
Sempena ulangtahun perkahwinan, Mona Allen kongsi video throwback cara Pekin Ibrahim memikatnya 8 tahun lepas. Eh lain betul Pekin masa ni, sampai ada yang ingat Pekin penyanyi dari Indonesia. Memang style lah cara Pekin nak mengorat Mona, hehe..
Meninjau di akaun Instagram pelakon Mona Allen, telah dikongsikan video throwback yang memaparkan suaminya, Pekin Ibrahim sedang menyanyi sebuah lagu. Di ruang kapsyen, Mona memaklumkan yang video ini diambil pada 8 tahun lepas.
Seloroh Mona, cara Pekin memikatnya dahulu adalah dengan memetik gitar. Namun selepas bergelar suami isteri, Pekin tidak lagi melakukan hal seperti itu kepada Mona. Difahamkan perkongsian video itu adalah sempena ulangtahun perkahwinan pasangan ini.
Mona juga menitipkan rasa syukur telah dikurniakan dua orang cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan Pekin sehingga kini. Selain itu, Pekin juga turut memuatnaik gambar dan ucapan buat Mona sempena ulangtahun perkahwinan mereka.

Perkongsian video Pekin menyanyi ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang mengatakan Pekin rupa-rupanya pandai menyanyi. Ada yang berseloroh mengatakan melihat Pekin menyanyi sudah seperti penyanyi dari seberang gara-gara penampilan Pekin seperti itu.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ingatkan dari penyanyi dari sebarang tadi. Boleh tahan sedap suara Pekin nyanyi.. Hehehe biasa lah tu sis, time dorang nak pikat kita, macam2 sanggup, haha.. “
” Mcm laki sy akak..sblom kwen tiap kali call petik gitar.. Dah kawen smpai anak 2 dh skrg takda nk tuju2 lagu tuk bini..dia ajar anak2 dia ja layan lgu2 dlu.. “
” Patut la dulu Mona tak tdo mlm terbayang2.. Sedap juga suara Pekin ni bila nyanyi, hahaa.. Untung lah Mona, Pekin pandai menyanyi.. “
” Fuhhhh, ensem ex bf… Happy anniversary both.. Alhamdulillah, Tabarakallah. Semoga aman bahagia hingga Jannah ya. Tak sangka Slash romantik jgk org nya.. “
” Time ni mesti nak offer ajak kahwin kan.. Payung pulak 1 lagi bagi awek cair, hahaha trbaik bang Pekin.. Powerr lah.. “
” Lagu ni pon wajib kalau saya pegi karoke.. Happy anniversary both.. Stay sweet together forever.. Berbahagia hingga ke jannah. Aamiin.. “
” Ingatkan Faizal Tahir.. Machooo ooiiii cara pikat gf, haha.. Best & romantikNye pekin7words.. Semoga korang bahagia till jannah.. “
Rupa-rupanya selain mempunyai bakat dalam bidang lakonan, Pekin juga mempunyai bakat terpedam iaitu pandai menyanyi. Apa-apa pun, selamat ulangtahun perkahwinan buat Pekin dan Mona. Semoga terus bahagia serta didoakan semoga ikatan perkahwinan kalian ini akan terus kekal hingga ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mona.allen, pekin7words
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

