Artis / Selebriti
” Penyabar betul Pekin. Kalau suami aku, mahu terbalik cawan tu, haha.. ” – Komen Netizen
Video Mona Allen cuba prank dan menguji tahap kesabaran suaminya, Pekin Ibrahim buat ramai terhibur. Macam-macam Mona buat, tak sangka Pekin boleh sabar macam ni. Cool je layan kerenah isteri, salute lah. Misi Mona nak kenakan Pekin kali ni gagal, haha..
Bagi yang suka mengikuti pelakon Mona Allen di akaun Instagram, pasti mengetahui yang Mona suka memuatnaik video prank suaminya, Pekin Ibrahim. Antara video yang mencui hati adalah Mona menyakat Pekin dengan memakai lipstick yang tebal dan warna eyeshadow berlainan warna ketika mahu keluar berjalan di mall.
Terbaru, sekali lagi Mona memuatnaik video bersama Pekin. Menerusi video tersebut, pasangan ini sedang berada di sebuah kafe dan mahu minum secawan kopi. Kali ini, Mona cuba untuk menguji tahap kesabaran Pekin ketika dirinya mahu mengambil gambar secawan kopi itu berkali-kali.
Meskipun pelbagai cara dibuat oleh Mona untuk menguji tahap kesabaran Pekin, Pekin kelihatan masih cool melayan Mona dengan baik dan langsung tidak marah walaupun Mona memberikan arahan kepada Pekin untuk memegang cawan tersebut dengan pelbagai gaya.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian ramai. Ramai yang kagum dengan sifat sabar Pekin dan memberikan rate 10/10 kepada Pekin. Sehingga kini, video yang dimuatnaik oleh Mona itu menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video tersebut dan memuji sikap penyabar Pekin. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Penyabar betul Pekin. Kalau suami aku, mahu terbalik cawan tu, haha.. Ade2 je Mona ni, suka betul menyakat Pekin, hahaha.. “
” 10/10 rate untuk Pekin.. Hhahahahaaa dia dah tahu ni mesti wife dia nak prank dia.. Hahahaha.. Bagus Pekin, melayan je perangai wife.. “
” 10/10 sabar sgguh dia…. Hahaha klau i laa.. Kena marah dah… Btw korang memang pasangan paling sweet, suka tengok korang berdua.. “
” Comel kak monaa.. Sabaaaaar byk nih Abg Pekin dgn kak Mona.. Dia dh telan air liur tgk air tu punya nak minum kopi, hahahhaha.. “
” Makin menjadi kuat menyakatnye ye.. Kita terhibur wak.. 10/10 untuk Pekin.. Suami yang paling menyabar di abad ini, haha.. “
” Macam mana ye dia sesabar itu.. Lau aku pggil waiter order lg 1, haahaha malas dah nk melayan.. Perempuan suka betul nak ambil gambar sebelum makan atau minum.. “
” Kita pulak yg nebes nk tgk sampai habis tkt jd 0/10.. Tapi terbaik lh Abg Pekin, 10/10 rate sabar dia, hahahaa.. Good job Abg Pekin.. “
Respect lah dengan Pekin, tahap kesabarannya memang tinggi sangat. Kesimpulannya, misi Mona untuk menguji kesabaran Pekin gagal kali ini. Bak komen warganet, jarang-jarang nak jumpa suami yang cool seperti Pekin. Apa-apa, semoga Pekin dan Mona terus bahagia bersama serta rumahtangga mereka kekal hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG mona.allen
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

