Artis / Selebriti
” First time dengar Airra menyanyi, sedapnya suara dia.. ” – Komen Netizen
Video persembahan anak Sharifah Shahirah, Airra di event Hello Putrajaya raih pujian warganet. Wah sedapnya suara Airra, ada yang kata ala-ala Avril Lavigne. Dah lah pandai main gitar, hebat lah Airra. Boleh pergi jauh..
Bermula jam 2 petang sehingga 7 malam tadi, telah berlangsungnya event Hello Putrajaya di Symphony Hall 3, IOI City Mall. Ramai selebriti yang terlibat dan semuanya memberikan persembahan yang menarik untuk menghiburkan para pengunjung yang datang.
Salah seorang yang mencuri tumpuan adalah anak-anak Sharifah Shahirah atau Shiera Ijoy. Auddra atau lebih dikenali sebagai Oddah sudah ada pengikutnya tersendiri. Kali ini, kakak kepada Oddah iaitu Airra pula ditampilkan di pentas khas untuk warga Putrajaya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Majalah Remaja, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan persembahan hebat daripada Airra. Anak gadis Shiera ini sememangnya dikenali dengan bakatnya yang pandai bermain gitar.

Mendengar akan suara Airra, ramai yang teruja dan memuji tone suaranya itu. Siapa sangka, Airra ada suara yang sedap seperti ini. Sambil menyanyi, Airra bermain gitar dan Oddah juga tampil di pentas sebagai tanda sokongan untuk kakak kesayangannya itu. Shiera juga lincah di pentas, memang gamat suasana dengan aksi anak beranak ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kembar Nadhir Nasar.. first time dengar airra menyanyi… sedap suara airra.. boleh pergi jauh ni. dengan pandai main gitar lagi.. berbakat anak-anak Shiera ni.. “
” TTMM tak silap mmg utk aira rasanya. tp odah yang masuk . mak nya ada bagi tahu before this.. Mcm muka Taylor Swift plak bila tgk.. “
” Minat family ni semua anak-anak dia unik.. suka mak bapak dia ni, betul-betul supporter anak-anak.. airra ada bakat menyanyi.. “
” Boleh asah lagi ni.. hope aira will take vocal lessons, confirm lg best suara.. byk teknik dia bole blaja. best je suara dia ala2 the cranberries/avril lavigne giteww.. “
” Sedap suaranya.. Nampak gementar pun dkat situ probably sebab first time in public but can improve lorh.. Slowly but surely.. versatile sangat airra ni.. “
” Suara dia sedap weyh.. kene masuk kelas vocal lagi .. kompem meletopsss.. cute je dia ada bakat tapi dia still malu-malu lagi tu.. family shiera ni memang penghibur.. “
” Suka tengok Airra ni punya bakat versatile… melukis pun pandai… Sedap suara Airra.. Mantap lah suara aira. Bergabung dgn rap si auddrazx gbg lg sama mama superpower shieraijoy.. “
Persembahan yang mantap daripada Airra dan dibantu oleh Shiera dan Oddah. Airra ada bakat nyanyian dan suara yang sedap. Andai digilap bakatnya itu, tidak mustahil Airra juga boleh menjadi penyanyi pelapis. Menyanyi boleh, bermain gitar juga hebat, memang versatile lah Airra.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Majalah Remaja
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

