Artis / Selebriti
” Saya tak nak cerita panjang, saya cuma nak ucap.. ” – Yana Samsudin
Yana Samsudin kongsi video sekitar majlis konvokesyen suaminya, Fadzil Zahari buat ramai tersentuh. Part paling touching bila dengar kata-kata ayah Yana buat Fadzil, sebak sungguh..
Meninjau akaun Instagram pelakon, Yana Samsudin, telah dikongsikan video yang memaparkan hari konvokesyen suaminya, Fadzil Zahari selepas berjaya menamatkan pengajian di peringkat Master. Walaupun tidak mahu bercerita panjang, Yana meluahkan rasa syukur dan bangga terhadap suami tersayang yang akhirnya mencapai kejayaan ini.
Di ruangan kapsyen, Yana menulis bahawa di sebalik kejayaan itu, hanya dia yang benar-benar menyaksikan sendiri setiap susah payah dan perjuangan Fadzil sepanjang tempoh belajar. Yana juga mendedahkan Fadzil sanggup mengambil cuti belajar selama satu semester untuk menemaninya sepanjang bersalin dan mengurus hal-hal keluarga.
Setiap titik peluh dan pengorbanan Fadzil akhirnya dibalas dengan penganugerahan Pingat Pelajar Cemerlang. Bagi Yana, anugerah tersebut merupakan satu penghormatan yang sangat bermakna. Selain itu, Yana turut mengucapkan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah yang sabar mendidik suaminya sehingga berjaya mencapai tahap ini.

Menerusi video itu juga, kelihatan kedua ibu bapa Yana hadir di hari konvokesyen Fadzil. Fadzil dilihat memeluk bapa mertuanya, dan bapa Yana sempat mengucapkan tahniah sambil berharap agar Fadzil akan menyambung pengajiannya ke peringkat PhD pada tahun hadapan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memberikan kata-kata ucapan tahniah buat Fadzil. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sebaknya tengok. tahniah FZ dan YS.. Congratulations Tuan yg ensem. We’re officially Alumni UTM.. Alhamdulillah.. “
” Alhamdulillah tahniah to both. Love this couple, sama2 belajar & motivate each other. Semoga menjadi inspirasi buat semua.. “
” Antara positive couple dlm socmed, congrats both of you.. May your every soon will turn to finally too.. “
” Aww this really touched my heart, babebebebe.. Tahniahhhhh my brother.. I’m so grateful for both of you.. “
” Not easy but you both did it! Allahumma baarik, may you both achieve success in this dunya dan akhirat. Aamiin.. “
” Alhamdulillah..Tahniah Tuan Haji Fadzil.. Berlawan2 sambung belajar. Suka tengok. Semua bahagia sampai syurga tuan haji & kak yong.. “
” Touching lah tengok bila Fadzil peluk bapa Yana.. Semoga bahagia sentiasa jadi milik kalian ya.. Tumpang happy tengok.. “
Apa yang lebih menyentuh hati, di hujung penulisan Yana, dia sempat berpesan bahawa selagi pasangan masih bernafas dan berada di sisi, sokonglah segala impian mereka. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Fadzil atas kejayaan cemerlang yang diperolehinya, semoga terus berjaya pada masa hadapan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG yanasamsudin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

