Artis / Selebriti
” Adoi Abang Roy, Nabil jadi mangsa. Siap bersumpah orang tu, haha.. ” – Komen Netizen
Video Roy Azman menyembunyikan kasut Sharifah Shahirah buat ramai terhibur. Alamak Roy, jenuh Shiera cari kasut dia. Tak pasal-pasal Nabil kena tuduh. Boleh pulak Roy gantung kasut Shiera tu jadi keychain. Lawak lah, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik radio Sinar, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan gelagat Roy yang sempat menyakat penyampai terkenal, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera. Video tersebut mencuri perhatian ramai kerana telatah mereka yang mencuit hati.
Menerusi video itu, pada awalnya Shiera dilihat sedang menghadiri majlis meraikan kedatangan pasangan pengantin baharu, Radin dan isterinya di Konti Era. Suasana pada ketika itu kelihatan cukup meriah dengan para penyampai radio lain turut berkumpul memeriahkan majlis tersebut.
Namun begitu, ketika Shiera sedang duduk santai, tiba-tiba salah sebelah kasutnya didapati hilang. Menyedari perkara itu, Shiera terus memanggil Nabil Ahmad dan meminta rakannya itu memulangkan kembali kasut miliknya. Nabil yang datang menghampiri Shiera bagaimanapun menafikan dia menyembunyikan kasut tersebut dan mengatakan dia langsung tidak terlibat.

Rupa-rupanya, kasut milik Shiera itu berada pada Roy. Lebih mencuit hati, Roy bertindak menggantung kasut tersebut pada seluarnya seakan-akan dijadikan keychain. Nabil kemudiannya memanggil Shiera dan menunjukkan di mana kasutnya berada. Melihat kasutnya tergantung di seluar Roy, Shiera tidak dapat menahan ketawa dengan usikan spontan tersebut.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan terhibur dengan telatah Roy menyakat Shiera. Antara komen-komen menarik adalah :
” Adoi Abang Roy, Nabil jadi mangsa. Siap brsumpah orang tu, haha.. Selamber je dia buat keychain.. Lawak betul lah.. “
” Takde tmpt lain ke nk gantung… Hhahaha mesti meriah kan hari2 kerja dapat kawan macam ni.. Tak stress lah kerja macam ni.. “
” Woi sape amik kasut kak shiera.. Dia pnye jerit mmg mcm kt tmpt knduri org tgh rewang, hahahaha.. Berdekah aku gelak.. “
” Kawan tu cari lah kasut dia merata-rata.. Last2 tengok tergantung jadi keychain.. Kalau tak buat lawak memang bukan Roy lah.. “
” Kecoh betul lah bila semuanya kaki menyakat, kesian lah tengok Kak Rara tu mencari2 kasut kebun dia, haha.. “
” Hahhaa kurang asam punya kawan, hahaha Roy memang kaki menyakat betul.. Boleh pula dia gantung macam tu.. ”
” Alahai abg Roy berdekah aku tgk.. Boleh pula dia buat kering je, padahal dia yang ambil sembunyi, hahahaa.. “

Silakan SHARE..
Sumber : IG sinar_my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

