Artis / Selebriti
” Rupanya gegurl, gegurl rupanya.. ” – Erra Fazira
Video Siti Elizad dan Erra Fazira menyakat Ezwan Zain macam ‘gegurl’ buat ramai terhibur. Habis lah Ezwan, Erra bawak geng lah. Sekali Elizad pun pecah rahsia suami dia juga, haha..
Bagi yang gemar mengikuti rancangan podcast KasiOnz, pasti terhibur dengan telatah pasangan suami isteri, Ezwan Zain dan Erra Fazira. Setiap episod bukan sahaja dipenuhi gelak tawa, malah turut diserikan dengan kehadiran tetamu jemputan serta pelbagai topik menarik yang dibincangkan secara santai dan bersahaja.
Terbaharu, menerusi perkongsian di akaun Instagram milik KasiOn Channel, telah dimuatnaik sebuah video memaparkan Erra dan Ezwan berbual mesra bersama tetamu jemputan mereka iaitu Siti Elizad. Suasana podcast tersebut jelas kelihatan meriah apabila ketiga-tiga mereka saling berborak dan bergurau sepanjang sesi berlangsung.
Menerusi video itu, Elizad sempat menyakat Erra yang dilihat sangat ayu dan sopan ketika majlis perkahwinannya dahulu. Gurauan tersebut membuatkan Erra sendiri tersenyum malu sambil melayan usikan rakannya itu. Keakraban mereka mencuit hati ramai yang menonton.

Tidak hanya berdiam diri, Ezwan turut mencelah dengan mengatakan bahawa Erra sebenarnya seorang yang agak “keras”. Erra kemudian mengakui bahawa selepas berkahwin, dia baru menyedari suaminya seorang yang sangat sopan dan lembut orangnya, malah menyifatkan Ezwan seperti “gegurl”, manakala dirinya pula lebih kasar.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Hujung-hujung Ezwan pandang macam ‘eh korang seronok ya ngata aku gegurl’ hehe.. Tapi ketawa besar Ezwan sb jenaka isterinya, nampak dia mmg hargai betul isterinya.. “
” Adoiii… Kena jeling dh Erra .. Balik kang siap u yang besar gelak bila sebut gegurl tu, hahahaha memang kelakar lah.. “
” Hahhh.. Kita sama2 jenis yg pnjt2 Pokok. Akk Pokok Koko Rambutan cerry semua radak. Faziera masa Sekolah mmg.. Suka nyakat2 jugak.. Elizad Ok ya.. “
” Hahaha nasibla kan tapi yg penting rumahtangga happy je.. Cute tengok Erra lepas kahwin ni, nampak bahagia sangat.. “
” Dah bersama br tahu kan.. Geng bikers kental ni.. Bila dah bergabung meletup lah jadinya, hehehehe.. “
” Sama je dua ketul ni geng moto.. Kelakar tengok bila Erra cakap macam tu, berdekah Ezwan dengar, hahaha.. “
” Cantik jd boboi pun best.. Episod minggu ni memang best sangat, riuh rendah bila Elizad Erra menyakat Ezwan.. “
Perkongsian tersebut membuatkan mereka bertiga tidak henti ketawa. Elizad juga mengakui bahawa dirinya dan suami mempunyai sikap yang hampir sama seperti Erra dan Ezwan. Dalam masa yang sama, Erra dan Elizad turut bergabung menyakat Ezwan sehingga suasana menjadi semakin gamat dan menghiburkan ramai yang menontonnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG kasinonzchannel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

