Connect with us

Artis / Selebriti

” Kalau jumpa Mr Right, adakah pintu hati dah tertutup atau boleh.. ” – Erra Fazira

Video respon Ziana Zain ketika diajukan soalan mengenai pengganti atau teman hidup yang baru buat ramai tersentuh. Sebaknya dengar jawapan Ziana tu, menusuk ke hati.. 

Ziana Zain penyanyi yang tersohor dan dikenali ramai. Tidak hanya karier seninya yang menjadi perhatian, tetapi juga kehidupan peribadinya turut mencuri tumpuan wargamaya. Ziana dikurniakan 4 orang anak hasil perkahwinannya bersama bekas suami, Armin Zaharin.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kasi Onz Channel, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan Ziana menjadi tetamu jemputan Erra Fazira dan Ezwan Zain. Banyak kisah kehidupan yang Ziana kongsikan dalam podcast ini. Satu soalan yang mencuri perhatian orang ramai adalah mengenai teman hidup.

Erra bertanyakan adakah Ziana akan terbuka atau sudah tertutup hatinya untuk mencari teman hidup yang baru. Seandainya ditakdirkan Allah hadirkan Mr Right dalam kehidupan Ziana, ramai yang tertanya-tanya akan keputusan Ziana. Pada usia Ziana yang sudah menjangkau 60 tahun, jawapan yang diberikan mengusik hati warganet.

Sambil menjawab soalan oleh Erra itu, Ziana tidak dapat menahan sebak di hatinya. Anak-anak adalah penyebab utama untuk Ziana tidak mencari pengganti teman hidup sehingga ke hari ini. Jawapan yang membuatkan Erra turut tersentuh hati. Hati seorang ibu yang memikirkan perasaan anak-anak melebihi hatinya sendiri.

Jom tonton video di bawah :

Lebih 1000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :

” Sedih bola kak ji cakap gini .. sebak pulak kita.. begitulah pengorbanan seorang ibu.. sifat keibuan sungguh tinggi dalam diri kak ji.. “

” Tk pe…layan anak2 je.. susah2 kn diri nk layan laki baru payah..kalau dpt mcm Mr.E tk pe gak..ni sok tk lepas bebas semua kontrol, masak lur….baik la jd single mom dgn anak2..bahagia.. “

” Sebenarnya takde masalah as long as kita happy. My dad dah passed away for 21 years and my mom not remarried, not because we opposed that idea but she thinks that’s not the most important thing to do and she’s happy. I’m grateful for that.. “

” Dengan aku2 menangis …rasa aku kak G trauma dengan kisah lalu.. its ok k.gee.. jntan kkdg buat semak kelambu jaa.. awal2 jaa beria yg mnis2…once dh bosann..ank2 jd mngsa… semoga kkak bbhgia bsama ank2 tsyg yaa.. “

” Priority dia anak ii trauma tkut org layan anak dia x sebaik dia.. semoga kak G sihat dn ceria selalu.. “

” Maknanya kasih kpd ank2 tidak berbelah bagi.Ada ibu2 hatinya memang begitu.Syukur je.Alakulihal.. “

” ZZ is truly living legend. seorang icon. org nak cakap apa cakap lah, bagi diri aku dia la seorang primadona, biduanita. Nyanyi sedap, berlakon pandai. complete.. tak ada gelaran tapi tetap bersinar di hati peminat. Congrats kasionzzz.. “

Hati seorang ibu, masih tetap memikirkan hati anak-anak kerana tidak mahu anak merasa terluka dan berkecil hati seandainya sang ibu mencari pengganti. Semoga Ziana terus bahagia bersama anak-anak tersayang dan dikurniakan kehidupan yang aman damai selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Kasionzchannel  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
💰 Ekonomi: Ekonomi⚽ Olahraga: Olahraga💻 Teknologi: Teknologi🎬 Hiburan: HiburanPendidikan🏛️ Politik: Politik📰 Berita🏥 Kesehatan: Kesehatan
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized