Artis / Selebriti
” Eh dia ni, buat buat lupa ingatan, hilang ingatan pulak dia.. ” – Erra Fazira
Video Edisi Selongkar Rahsia Lama Erra Fazira Dan Dato’ Awie Mencuit Hati Warganet. Amb0i Selamba Je Erra Punya Jawapan Bila Dato’ Awie Lupa Tarikh Mereka Put0s Hubungan Dahulu. Kaw-Kaw Erra Bagi Kali Ni, Haha !!
Suatu masa dahulu, nama Erra Fazira dan Dato’ Awie adalah pasangan hang4t yang menjadi tumpuan dan ikutan ramai peminat. Namun takdir sudah tertulis, tiada jodoh antara mereka dan kedua-duanya memilih arah masing-masing selepas itu.
Kini kedua-duanya kembali bekerjasama untuk Awie Romantika Dinner Show bersama Erra Fazira yang dijadualkan pada 20 Ogos nanti bertempat di Sabah International Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu.
Meninjau akaun Instagram Daebakingz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Dato’ Awie bersama Erra sedang ditemubual oleh seorang wartawan. Ditanyakan tentang tarikh tepat hubungan mereka suatu masa dahulu put0s, Dato’ Awie menjawab tidak ingat.

Erra yang berada di sebelah membuat mimik muka dan menyak4t Dato’ Awie dengan bertanyakan kembali tahun bila Dato’ Awie berkahwin. Memang syok tengok reaksi Erra yang bersahaja itu. Sakat Erra jangan tak sakat, terpec4h juga rahsia sekian lama ni.
Jom tonton video di bawah :
Erra memang suka mengusik Dato’ Awie, apatah lagi mereka berdua sudah lama kenal dan bergurau seperti itu adalah normal. Siap berbisik-bisik lagi meneruskan perbincangan berdua, lawak betul tengok Dato’ Awie dan Erra ini.

Dah kena setempek Dato’ Awie apabila Erra menanyakannya sudah lupa ingatan atau apa. Apa-apa pun, semua itu hanyalah t1nggal kenangan dan masing-masing bahagia dengan kehidupan sekarang. Semoga persahabatan ini kekal baik sampai bila-bila.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Daebakingz, IG Erra Fazira, IG Awie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

