Artis / Selebriti
” Sama la dengan Mira, ish boleh confuse Khair Amir kalau duduk depan-depan.. ” – Netizen
Video Temubual Nabil Ahmad Bersama Peserta-Peserta Dewi Remaja 2022 Di MeleT0P. Wajah Salah Seorang Peserta Dikatakan Mirip Dengan Mira Filzah. Part Senyum Tu Nampak Serupa Betul !!
Pencarian Dewi Remaja 2022 kini kembali semula dan kali ini seramai 16 orang peserta terpilih untuk mengharungi cabaran sehingga ke peringkat akh1r seterusnya dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2022.
Dihoskan oleh Fikry Ibrahim, ke semua finalis ini bersama Fikry dijemput ke rancangan hiburan MeleT0P semalam. Meninjau akaun Instagram MeleT0P, telah dikongsikan sedikit sedutan video ketika Nabil Ahmad menemubual salah seorang peserta bernama Tracie.
Berumur 21 tahun, gadis berasal dari negeri Sabah ini dikatakan mirip wajahnya dengan pelakon wanita popular, Mira Filzah. Malah kata Nabil, sebelum ini juga Nabil pernah menemuramah Tracie di rancangan MeleT0P kerana wajahnya itu.

Ditanyakan oleh Nabil apakah ianya menjadi kelebihan untuknya berada di pentas Dewi Remaja kerana kesamaan rupa dengan Mira. Jawapan Tracie padat dan ringkas, ianya bonus namun Tracie tetap bekerja keras dan bersungguh-sungguh menonjolkan bakat dan kelebihan dirinya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telahpun mendapat hampir 1000 tanda suka daripada warganet sehingga kini. Antara komen-komen mereka :
” Yes that is Tracie Sinidol, go Tracie go. Dia antara peserta dewi remaja paling cantik tahun 2022 ni.. “
” Sumandak Sabah dari Tambunan, comel. Memang sama la dengan Mira, tang senyum tu ish boleh confius Khair Amir kalau duduk depan-depan. Cantik dan bijak, good luck Tracie.. “
7 muka sama dalam dunia, Tracie salah seorang klon Mira. Sekilas pandang memang nampak seperti pelanduk dua serupa cuma Tracie ini versi Mira tidak berhijab. Namun jika diperhatikan lebih lama, nampak wajah asli cantik gadis Sabah ini.

Apa-apa pun, semua yang terpilih dalam Dewi Remaja ini mempunyai kelebihan tersendiri dan pastinya yang terbaik akan berjaya. Selamat maju jaya dari kami di Berita Kopak untuk Tracie dan peserta-peserta lain, lakukan yang terbaik okey.

Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : IG Melet0p, IG Tracie Sinidol, Youtube Channel Meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abu dan daddy undercover jadi Mamadom, Papadom.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara dia tak sedap. Nasib baik anak angkat Tokti je, tak cukup value sebagai artis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Satu benda yang mommy selalu pegang sampai hari ini, Nada tak pernah.. ” – Fara Salleh

