Artis / Selebriti
” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
Video anak Dato’ Awie, Putri Aleeya Antasha menyanyi lagu yang dipopularkan oleh ibunya, Cinta Antara Benua raih pujian ramai. Wah, sedapnya suara Aleeya. Sebijik macam suara Arni Nazira..
Putri Aleeya Antasha dan Putri Aleefa Antasha merupakan anak hasil perkongsian hidup Dato’ Awie dan Arni Nazira. Kedua-duanya telah pun menamatkan pengajian di Universiti Pengurusan dan Sains (MSU) dengan keputusan yang cemerlang. Aleeya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Acara, manakala Aleefa pula memperoleh Ijazah Sarjana Muda Kreatif Video dan Fotografi.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Mamaar783, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Aleeya dan Aleefa. Kedua-dua anak dara Dato’ Awie ini melayani pertanyaan daripada viewers yang bertanyakan beberapa soalan sepanjang live itu berlangsung.
Baik Aleeya mahu pun Aleefa sangat peramah dan sporting melayani permintaan daripada viewers. Ramai yang memuji kecantikan wajah dua beradik ini. Wajah Aleeya saling tak tumpah seperti Arni, manakala wajah Aleefa pula dikatakan seperti Dato’ Awie dalam versi perempuan.

Terdapat permintaan daripada viewers yang meminta salah seorang daripada mereka menyanyikan lagu popular Arni berjudul Cinta Antara Benua. Aleeya secara spontan menyanyikan lagu tersebut dan yang menariknya, suara Aleeya kedengaran begitu lunak dan merdu, sama seperti Arni.
Jom tonton video di bawah :
@mamaar783
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Baju kelabu mirip betul dengan muka Arni Nazira.. baju kelabu anak sulung,baju hitam anak kedua.. “
” Sorang muka arni, sorang muka awie.. comey dua-dua.. cantiknya lah dua beradik ni, suka tengok.. sedapnya suara Aleeya.. “
” Cantiknya Aleeya macam muka Arni, suara pun sedap ada tone macam Arni. Si adik sebijik muka dato’ awie, dato’ awie versi perempuan.. “
” Cantik sangat sangat anak dato’ awie ni.. Aleeya dan Aleefa, seorang muka Arni, seorang muka Dato’ Awie.. “
” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live.. Suara Aleeya sebijik Arni, itu lagu ibu tu.. ni macam Arni Nazira dan Dato’ Awie masa muda muda.. “
” Dua-dua cantik, kakak jelita macam Arni, adik cantik juga versi dato’ awie.. kalau ada misai sebijik dato’ awie.. “
” Wah suara Aleeya, ada bakat terpendam ni. Suara lunak merdu tu, macam dengar suara Arni masa muda-muda dulu je.. “
Tidak hanya memiliki wajah yang ayu seperti Arni, malah suara Aleeya juga saling tak tumpah seperti ibunya itu. Semoga Aleeya dan Aleefa terus cemerlang dalam apa jua bidang yang mereka ceburi dan berjaya mengejar impian mereka serta menjadi kebanggaan kedua ibu bapa.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok mamaar783
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tak sangka Que boleh nyanyi sesedap ini. Suara dia ada vibes tersendiri yang tak ada kat penyanyi lain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Abbas mirip abah, Bilal mirip ummi, handsome betul ye Abbas tu.. ” – Komen Netizen

