Artis / Selebriti
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. ” – Komen Netizen
Video reaksi Dato’ Aliff Syukri ketika menonton live anaknya, Ammar Ahyan semasa hadir di Radio Era buat ramai terhibur. Wah, bangga Dato’ Aliff dengar apa yang Ammar cakap mengenai dirinya..
Meninjau di akaun Instagram milik radio Era, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan anak sulung jutawan kosmetik, Dato’ Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan menjadi tetamu jemputan di segmen 3 Pagi Era bersama Nabil Ahmad, Pak Azad dan Radin.
Menerusi video itu, banyak topik diborak oleh mereka dan antaranya adalah mengenai kehidupan Ammar sekarang yang dikatakan semakin popular setelah sering muncul di live membantu abahnya berniaga. Salah satu video yang menarik perhatian warganet adalah telatah Dato’ Aliff ketika menonton live Ammar di Radio Era.
Kedengaran ada yang mengajukan soalan kepada Ammar, ayat apakah yang sering digunakan oleh abahnya ketika menjual produk di live membuatkan Ammar sentiasa ingat. Kata Ammar, dia akan meniru apa yang dicakap oleh abahnya ketika live dan antara ayat yang diingati Ammar adalah seperti ‘ harga serah diri ‘ , ‘ harga terjah diri ‘ dan ‘ harga injak diri ‘ .

Mendengar apa yang dikatakan oleh Ammar tersebut, Dato’ Aliff terus memberikan respon ketawa dan terhibur dengan apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ratusan komen serta puluhan ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dia sorok perasaan dia dengan cakap ‘dia kutuk aku’ . I know that feel Dato’, haha.. Mata berkaca dato tu bangga dgn ank dia ye.. “
” Nampak muka dato’ bangga tau bila tengok amar walau kena kutuk.. Ammar ni kelakar, tapi dia anak yang akan berjaya nanti.. “
” Alhamdulillah, bangga sungguh Dato’. InshaAllah Ammar akan berjaya macam Dato’ tapi dgn cara dia sendiri.. Tahniah.. “
” Dari raut muka Dato’ nampak Dato bangga dgn Ammahyan.. Tahniah Datuk Seri Alif sebab dh ada Amar sebagai pewaris perniagaan.. “
” Bangga abah dia, anak dia dh meningkat dewasa. Boleh sambung legasi.. Senyuman bangga seorang Abah kepada anaknya.. “
” HAHAHAHA sebagai orang yang rajin masuk live dia, perkataan tu memang trademark diaa yaa.. Aku pun ingat, hehe.. “
” Alhamdulillah dah besar ammar. Dato berbangga nampak ammar dah mcm tu.. pandangan bangga seorang bapa.. “
Meskipun terhibur dengan apa yang dikatakan oleh Ammar itu, jelas kelihatan Dato’ Aliff merasa bangga dengan anak sulungnya yang kini semakin dikenali ramai dan pandai berniaga seperti dirinya. Apa-apa pun, semoga Ammar terus maju jaya dalam apa juga bidang yang diceburinya serta menjadi anak yang membanggakan kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen

