Artis / Selebriti
” Ada bukti, kantoi. Sanggup tak mengaku orang Sabah.. ” – Bella Astillah
Video Bella Astillah menunjukkan gambar anaknya, Ara Adreanna bersama seorang kawan mat saleh buat ramai terhibur. Patut lah Ara mengaku dirinya orang putih, ini rupa-rupanya penyebabnya. Cute betul kawan Ara, handsome..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sabrinabee78, telah dikongsikan satu video yang memaparkan live Bella Astillah ketika menghadiri majlis makan tengahari Bella bersama Kitsui. Banyak moment menarik yang dapat ditonton menerusi video perkongsian ini.
Salah satunya Bella menunjukkan kepada semua viewers mengenai anak keduanya, Ara Adreanna. Beberapa hari yang lalu, viral video Ara mengaku dirinya orang putih. Ara juga tidak mengakui dirinya orang Sabah dan ianya menimbulkan rasa geram di hati Bella.
Rentetan daripada video itu, Bella berseloroh menyuruh Ara membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap semua orang Sabah atas ketelanjuran katanya itu. Gelagat comel Ara bercakap dalam bahasa Inggeris ketika itu juga mencuit hati Bella. Malah Bella juga menahan ketawanya ketika mendengar Ara membuat permohon maaf.

Kali ini, Bella menunjukkan sebab mengapa Ara mengakui dirinya orang putih. Ara mempunyai seorang kawan lelaki berbangsa Inggeris dan Bella mempunyai beberapa keping gambar Ara bersama kawannya itu. Wah patut lah Ara mengaku dirinya orang putih dan bukan orang Sabah, hehe.
Jom tonton video di bawah :
@sabrinabee78 Replying to @pris_ivy Haha itu lah🫣.. Vtt ni untuk yang terlepws live Bella at Lunch With Kitsui tadi.. TagRequestBy:CTKsweetdessert❤️ #bellaastillah #syedsaddiq #motivation #sabrinabee #kitsuimalaysia
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dia bagi menantu mat saleh kat mommy dia haha.. mau terkejut uncle syed kau dikkk.. mau termenung bdk mat saleh tuu nk hadap uncle Saddiq si Ara.. dh la ad uncle Saddiq 2.0 pnya version.. “
” Hahaha .. ara.. ara.. patutlah dia mengaku dia org putih, ada udang di sebalik mee rupanya .. pecah rahsia Ara, kantoi sudah. patut nak jadi orang putih.. “
” Ara jgn memain, lepas ni mana mana boyfren kena hadap abang ayden then papa saddiq dulu tau.. “
” Aduuhhh Ara.. terus bawak boyfriend mat saleh. Pening kepala mami & uncle Saddiq, Ara.. cumil betul.. heheheh.. “
” Adoi lah Ara, sanggup tak mengaku orang Sabah haha.. bella tunjuk gambar bakal menantu ke tu haha.. Ara dgn mommy dua dua perangai comel.. “
” Ara Ara patut ler tak ngaku Sabah.. taste ara bukan kaleng kaleng ye.. ara nak orang putih la mommy.. tu lah punca nya ara bukan sabahan, dia dh ada mat salleh.. “
” Patutla Ara curangg.. Bila ma kwn org putih Ara jadi org putih hehe.. bila ma org sabah klual sabah dia.. apapun sokong Ara Kiutt gilaaa.. “
Patut lah Ara mengaku dirinya orang putih, rupa-rupanya ada kawan mat saleh. Handsome kawan mat salleh Ara. Apa-apa pun, ini hanyalah sekadar gurauan Bella sahaja. Semoga semua yang mengikuti kisah ini terhibur dengan gelagat Bella dan Ara.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sabrinabee78
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

