Artis / Selebriti
” Cair weh dengar suara suara lelaki pertama tu, sedap sangat. Kepom pun terkejut.. ” – Komen Netizen
Video Elly Mazlein Berduet Bersama Afiq Adnan Dan Aiman Ridwan Menyanyi Lagu Dato’ Seri Siti Nurhaliza, ‘Percayalah’. Fuhhh Terkejut Kak Lina Dengar Suara Afiq Adnan, Sedap Sungguh. Memang Padu Teruk Lah Gabungan 3 Suara Ni !!
Nama selebriti Elly Mazlein, memang cukup dikenali ramai. Elly atau mesra dengan panggilan Kak Lina ini bukan sahaja bergelar seorang penyanyi, Kak Lina juga merupakan seorang pengacara dan penyampai radio di stesen radio Era menerusi segmen Carta 40 Era.
Bagi yang suka mengikuti segmen ini pasti mengetahui pada setiap minggu, pasti ada artis jemputan yang hadir untuk berborak santai bersama Kak Lina. Bukan itu sahaja, Kak Lina juga akan berduet menyanyi bersama artis jemputan tersebut dengan pelbagai pilihan lagu.
Meninjau di akaun Instagram Era, baru-baru ini, penyanyi Afiq Adnan dan Aiman Ridwan menjadi artis jemputan. Menerusi satu posting, telah dikongsikan video Kak Lina berduet bersama Afiq serta Aiman menyanyi lagu ‘Percayalah’, nyanyian asal oleh Dato’ Seri Siti Nurhaliza.

Pada awal video, Afiq orang pertama menyanyi. Mendengar sahaja suara Afiq menyanyi, Kak Lina memberikan reaksi seperti kagum dengan nyanyian Afiq. Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet yang rata-ratanya menyukai gabungan suara Afiq, Aiman dan Kak Lina membawa lagu ‘Percayalah’ .
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan ramai yang menyukai perkongsian video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Lagu ni bila berduet suara lelaki dan perempuan sedap betul dengar.. Kepom bawa jelah lagu apa2 pun semuanya sedap.. “
” Dulu2 memang konfius kalau dengar suara Kak Lina, Liza Hanim dan Dato’ Siti, suara mereka semua seakan sama, hehe.. Sedap Kak Lina nyanyi.. “
” Korang undi kak lina lagu sayap kat muzik² 39 supaya dia dapat bawak lagu tu pi muzik² separuh ahir dan ada rezeki dapat pergi ajl AMIN.. “
” Lagu ni terus teringat vibe zmn 2000 zmn kegemilangan Tokti bnyk dpt award dan konsert di Indonesia, kena Tokti nyanyi juga bru dpt feel.. “
” Kak lina kalau sambung kompem no shatu.. Sikit sangat nyanyi, hehe baru nak layan tadi.. Kak Lina sentiasa di hati, best suara Kak Lina.. “
” Afiq Adnan, sedap beb bawa lagu ni, hehe.. Santai je dengar, layan betu.. Kak Lina pun padu.. Pls nanti berduet dengan Ctdk pula.. “
” Kemon ERA, jemput Ctdk pula, hehe kasi berduet dengan Kak Lina.. Cair weh dengar suara suara lelaki pertama tu, sedap sangat.. Kepom pun terkejot, hehe.. “
Ada yang mengatakan tidak puas mendengar suara Kak Lina menyanyi lagu ini kerana Kak Lina hanya menyanyi sekejap sahaja. Bukan itu sahaja, ramai yang turut tag nama DS Siti dan meminta pihak Era menjemput DS Siti untuk berduet bersama Kak Lina nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

