Artis / Selebriti
” Adoi lawak la, memasing muka gangster tapi penakut. Terbahak aku ketawa, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Norreen Iman dan suaminya, Razzi yang gayat ketika menaiki cable car di Taif buat warganet terhibur. Seorang peluk kaki ustaz, seorang lagi berpaut pada anak. Lawak betul suami isteri ni, haha..
Banyak tarikan menarik di tanah suci Mekah untuk sesiapa yang datang untuk mengerjakan umrah. Antaranya adalah perkhidmatan cable car di Taif. Jemaah umrah dapat menikmati pemandangan indah dari atas sepanjang laluan cable car ini.
Meninjau entry di akaun Instagram Razzi Razak dan Norreen143, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Norreen dan suaminya, Razzi ketika menaiki cable car. Razzi dan Norreen, kedua-dua mempunyai masalah yang sama iaitu gayat dengan tempat tinggi.
Kata Razzi di ruang kapsyen, dia mempercayai kata-kata Ustaz yang membawa mereka sepanjang umrah itu yang cable car ini bergerak lurus sahaja tetapi rupa-rupanya mereka tertipu. Tiba-tiba sahaja cable car itu bergerak menjunam ke bawah dan ini membuatkan Razzi dan Norreen menjerit.

Laju Razzi memeluk kaki ustaz dan Norreen pula memegang anak lelakinya, Eshan. Ketawa semua yang berada di dalam cable car yang sama dengan telatah pasangan ini. Eshan pula steady sahaja dan teruja melihat pemandangan di bawah tetapi mommy dan babanya yang kecut perut.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Eshan relax je haha.. memasing muka gangster tapi penakut.. korang laki bini ni lucu lah haha.. terbahak aku ketawa.. “
” Haha ni lawak antarabangsa ni haha.. turun bawah korang nampak paling cool, rupanya ini yg terjadi, hahaa.. “
” Gayat ni tak main-main ya. Tengok muka noreen pun tau dah pucat.. dedua tak dapat membantu sesama sendiri ahhahaha…si suami risau ke bini..bini risau ke suami.. “
” Ini dah naik cable car kat langkawi ke belum ni? Itu lagi seram.. tinggi betul.. Mujur anak tuu Hero.. tak takut langsung.. “
” Anak dia yang tenangkan pak dia haha. Razzi sampai peluk kaki ustaz terus haha.. Lawak la tapi sweet.. “
” Adoii lawak laa.. nampak gaya Terpaling excited before naik tu, masing2 jalan depan.. sekali ini kejadian diaa. Haha ni betul betul tak saling membantu last last haha.. “
” Ingatkan suami Norreen boleh comfort kan wife tapi dua-dua.. gayat.. Wei lawak lawak.. kelakar betul suami isteri ni.. “
” Sumpah lawak.. Hahahha kalo aku kt situ, aku gayat.. tp aku akan mati kegelakkan bkn sbb gayat ye. Lawak betol la korang dua ni.. “
Siapa sangka Norreen dan Razzi sejenis yang gayat dengan ketinggian. Mujur lah ada Eshan, boleh juga mereka tumpang berpaut. Kali ini anak lagi berani daripada mak dan ayah ye. Apa-apa pun, ini akan menjadi kenangan yang terindah untuk Norreen dan Razzi untuk trip umrah mereka itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Razzirazak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

