Artis / Selebriti
” Mira ni orang perempuan, takut cakap lebih-lebih. Tapi Fattah orang yang baik lah.. ” – Amira Othman
Video Amira Othman menjelaskan status hubungannya dengan Fattah Amin raih perhatian ramai. Wah Amira pun puji Fattah baik orangnya, doakan yang baik-baik..
Pada ketika ini, sedang hangat diperkatakan tentang gosip hubungan duda hot Malaysia iaitu Fattah Amin dengan Amira Othman. Disebabkan gosip ini, pihak Melodi cuba mendapatkan penjelasan daripada Amira sendiri mengenai apa yang menjadi tular itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok melodiberapi, Amira mengatakan yang dirinya tidak menyangka sampai seperti ini diperkatakan oleh orang ramai sehingga menimbulkan kontroversi. Amira turut berharap perkara ini tidak menjejaskan namanya.
Menurut Amira, Fattah seorang lelaki yang baik. Tambah Amira lagi, dia tidak terfikir pun tentang status dan ianya tidak menjadi ukuran untuk Amira untuk mencari jodoh asalkan bukan suami orang. Soalan ini sering ditanya kepadanya sebelum ini.

Perkongsian ini telah meraih perhatian ramai. Sehingga artikel ini ditulis, video ini telah ditonton oleh lebih 64 ribu tontonan di Tiktok. Rata-rata peminat bersetuju dan merestui sekiranya Amira dan Fattah sedang berkawan dan ditakdirkan ada jodoh bersama.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@melodiberapi Dikaitan dengan Fattah Amin ini jawapan beliau. #meloditv3 #amiraothman #sensasi #fattahamin #bercinta #panas #fyppppppppppppppppppppppp
Rata-rata warganet memuji penampilan dan cara percakapan mira serta mendoakan yang baik-baik untuk Mira. Antara komen-komen yang diberikan :
” Sedapnya dgr suara mira berckp… lemah lembut dn betul2 mnjaga adab. Semoga berjodoh dgn org yg baik mcm fattah.. yeayyy mcm hint2 dh ni.. “
” Kalau betul pon apa salahnya. fattah duda.. amira bujang.. ok je. semoga dipermudah segala urusan kalian.. bestnya mira ckp sopan sgt.. “
” Jawapan yang matang… Allah dah tentukan yg terbaik buat Amira… bila hatinya baik, prckpannya pun yg baik2.. MasyaAllah .. bijak mnjaga kata².. “
” Syukur alhamdulillah kalau berjodoh.. Klau sudah berkenan jangan tunggu lama² Amira dan Fattah.. sgt jga kata2 yg ni kita stuju.. “
” Bujang duda ada harapan, kalo suami org tu jgn menaruh harapan ye.. Janji bukan penyondol kn Amira.. Fattah kn duda.. Baik, tenang dan sabar.. betoi le tu.. “
” Suka ny tengok Amira ni ckp.. tk kisah sape jodoh nya.. insyaallah jumpa jodoh terbaik pada waktu yang tepat. mana yang baik kita amin kan jawapan sama McM Fattah.. “
” Semoga berjodoh… doa yg baik2.. sweet sgt Amira ni.. Pandai berbicara dan sopan…tak kelam kabut. Insya-Allah kita doa yang baik2 untuk mereka dan keluarga mereka.. “
Sopan sungguh Amira menjawab pertanyaan daripada wartawan, jawapan yang sangat matang dan beradab. Jika ada jodoh antara Fattah dan Amira, pasti tidak akan ke mana. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan yang baik-baik untuk kedua-dua selebriti ini.

Silakan SHARE..
Sumber : TT melodiberapi, IG Amira Othman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

