Artis / Selebriti
” Abang tak sabar nak tunggu adik baby keluar tu. Sayang dia pada adik baby.. ” – Komen Netizen
Video Ayash Affan bermanja dengan Watie Hanifiah curi perhatian warganet. Alahai comelnya Ayash peluk perut mummy dan panggil adik baby tu. Sweet lah Abang Ayash ni..
Pemilihan Shuib menjadikan Watie Hanifiah sebagai isteri dan ibu ganti untuk anak-anaknya ternyata satu pilihan yang terbaik. Watie memiliki sifat keibuan yang tinggi dan kasih sayangnya untuk semua anak Shuib dan arwah Siti Sarah Raissuddin tulus dan ikhlas.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Randozjc2ds, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat anak lelaki Shuib, Ayash Affan bersama Watie. Ayash sememangnya sangat manja dengan Watie dan suka berkepit apabila bersama mummynya itu.
Watie yang kini sedang hamil melayani Ayash dengan baik. Menerusi video ini, Ayash kelihatan memeluk Watie sambil bergelak ketawa bersama mummy tersayang. Sambil memandang ke arah kamera, Ayash mengikut ayat Watie memanggil adik baby merujuk kepada baby dalam kandungan Watie.

Telatah Ayash itu mengundang perhatian warganet dan ramai yang geram mendengar suara Ayash memanggil adiknya itu. Walaupun adik belum lahir, Ayash sudah menunjukkan sayangnya kepada adik. Pastinya apabila adik dilahirkan nanti Ayash akan menjaga adik dengan penuh kasih sayang.
Jom tonton video di bawah :
@randozjc2ds
@randozjc2ds
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Suka tengok watie, seorang ibu yang baik dan penyayang.. Alhamdulillah ayash nak jadi abang dah.. sayang dia pada adik baby.. “
” Manja abang tak sabar nak tunggu adik baby keluar tu.. alhamdulillah keluarga bahagia.. handsomenya Ayash macam abang mateen.. “
” Wati ni baik dapat buat anak Shuib xrasa kehilangan kasih seorang ibu. muka ayash macam mummy, manjanya dia.. “
” Ayash x sabar nk adik insyaallah.. ibu watie Allah akan kurniakan bt kamu.. Aminnn.. esok kawan ayash lah tu, buat teman abang main.. “
” Comel lah abang Ayash ni.. manja betul dia dengan mummy, berkepit bawah ketiak mummy eh.. semoga Allah permudahkan urusan Watie bersalin nanti.. “
” Geramnya dengar Ayash panggil adik baby tu.. comel dan manja sangat abang Ayash ni.. awak nak dapat adik lah abang, abis dalam baju mmy pun awak manja ye.. alolo haha.. “
” Amboi cutenya bakal abang ni. manja sangat dia dengan mummy.. Ayash dah cerdik dah sekarang. syok betul dia panggil adik baby tu.. “
Comel sahaja mendengar suara Ayash memanggil adiknya dengan panggilan adik baby . Ayash pun tak sabar nampaknya ingin melihat adiknya lahir. Pasti Ayash akan menjadi abang yang penyayang dan protective untuk adiknya nanti. Semoga dipermudahkan segala urusan Watie sepanjang kehamilan sehingga selamat melahirkan nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Randozjc2ds
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

