Artis / Selebriti
” Handsome dan cantik sangat loving couple ni. Nak hilangkan nervous ke tu Mr E, hehe.. ” – Komen Netizen
Video suasana sekitar majlis resepsi kedua Erra Fazira dan Ezwan Zain curi perhatian ramai. Wah cantik betul dekorasi dewan hasil idea Mr E. Part Erra dan Ezwan nervous nak masuk dewan tu kelakar. Perangai betul ye, haha..
Sebagaimana yang diwar-warkan oleh pasangan pengantin baru sensasi, Erra Fazira dan Ezwan Zain, hari ini tanggal 27 Disember adalah majlis resepsi kedua yang juga merupakan resepsi terakhir mereka. Majlis ini khas untuk rakan selebriti Erra dan rakan niaga Ezwan.
Sekarang telah pun berlangsung majlis tersebut di Hotel Hyatt Regency KL. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Inaijari, Media Hiburan dan Sheera Iskandar, telah dikongsikan suasana sekitar majlis resepsi tersebut. Majlis ini yang dirancang dengan penuh teliti oleh Ezwan sendiri nyata memberikan suasana yang gah di mata tetamu.
Erra tampil anggun dalam persalinannya dan laksana permaisuri. Seri pengantin baru masih terserlah pada wajah Erra. Ezwan juga tidak kurang segaknya dalam busana sut serba hitam. Dekorasi dewan persandingan memukau para tetamu dan untuk makluman, ianya adalah idea Ezwan sendiri.

Laksana raja dan permaisuri, pasangan ini sama cantik dan sama padan juga kelihatan nervous sebelum memasuki dewan. Pelbagai gelagat mencuit hati dilakukan oleh Ezwan dan Erra untuk menghilangkan rasa gemuruh mereka. Sama-sama kelakar, memang sesuai sangat Erra dan Ezwan.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet. Antara komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Subhanallah memang cantik sangat.. handsome cantik sangat loving couple ni.. nk hilangkan nervous ke tu mr e hehe.. ”
Siapa sahaja yang tidak terpegun melihat kecantikan primadona kesayangan ramai ini. Tanda kasih Ezwan terhadap Erra dan segala usaha serta penat lelahnya menguruskan majlis ini memang berbaloi. Ezwan dan team memberikan yang terbaik untuk majlis resepsi ini.

Pastinya majlis penutup untuk perkahwinan Erra dan Ezwan ini akan menjadi perbualan ramai. Majlis yang gah dan penuh gilang gemilang, tanda Ezwan meratukan isteri tercinta. Semoga berbahagia selalu Erra dan Ezwan serta berkekalan sehingga ke jannah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Inaijari, IG Media Hiburan , IG Sheera Iskandar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

