Artis / Selebriti
” You seronok, kenapa ? You nak orang kenal you.. ” – Bonda Rozita
Video perbualan Bonda Rozita Ibrahim bersama suami barunya curi perhatian warganet. Wah mulut manis lah suami Bonda ni, patut lah Bonda terpikat. Tersenyum-senyum Bonda Rozita kena puji macam tu..
Pengasas kosmetik popular, Bonda Rozita Ibrahim menjadi perbualan baru-baru ini apabila kelihatan bersama seorang lelaki. Demi mengelakkan salah faham dan fitnah, salah seorang anak perempuan Bonda Rozita mengesahkan yang ura-ura Bonda Rozita sudah bernikah baru itu adalah benar.
Bonda Rozita seorang yang humble dan jarang untuk berkongsikan perihal peribadi kepada umum. Hanya anak-anak dan menantu sahaja mengetahui tentang Bonda Rozita. Untuk makluman, suami baru Bonda Rozita merupakan abang kepada Datin Rebecca Islam.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Xtra_my, telah dikongsikan satu video terbaru Bonda Rozita bersama suaminya itu. Bonda tidak menunjukkan wajah suaminya itu dan hanya kelihatan tangannya sahaja. Wajah Bonda Rozita juga kelihatan bahagia dan gembira.

Bonda Rozita bertanyakan pendapat suaminya apabila dia viral dan jawapan balasnya membuatkan Bonda Rozita teruja. Suami Bonda Rozita tidak kisah jika dia dikenali kerana dia bangga mempunyai isteri yang cantik dan berjaya seperti Bonda Rozita. Boleh cair Bonda Rozita mendengar ayat padu suaminya itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 800 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ishhh.. tak baik… Biarlah… Tu suami halal dea… tak baik kita cakap begitu… Till jannah bonda dan suami.. “
” You all lari sejauh mungkin yang boleh. aku nak lipat bumi ni. Moga kekal bahagia hendaknya bonda dan suami.. “
” She chantek kalah anak dara. hubby pulak nak glam bagus jodoh you beautiful lady.. “
” Dah dia mcm kata meggeletis pulak.. bila dia diam rahsia pulak.. bila dikenali ni kena jaga semua hati la nmpknya.. “
” Amboi bondaa.. swettt nye.. alhamdulillah moga bahgia slluuu.. Saya punya idola, ikon wanita, bonda rozita mmg terbaik.. “
” Dah halal kan.. happy sangat tengok bonda happy.. Moga bonda terus gembira.. sweet macam BASS juga.. “
” Sweet je and bonda nampak sgt happy, biarlah, I like her hubby now nampak sporting and same vibes dgn bonda.. “
Pertama kali warganet dapat mendengar suami baru Bonda Rozita berbicara, sweet juga orangnya dan pandai mengambil hati Bonda Rozita. Semoga Bonda Rozita dan suami dikurniakan kebahagiaan dan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Happy selalu Bonda Rozita.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Xtra, IG Bonda Rozita Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen

