Artis / Selebriti
” Kreatifnya Bonda, idea Bonda sangat superb. Cantik sangat-sangat glass house Bonda ni.. ” – Komen Netizen
Bonda Rozita Ibrahim kongsi video Glass House miliknya buat ramai yang kagum. Wah cantiknya Glass House Bonda ni, 360 darjah boleh tengok pemandangan. Dekorasi pula diilhamkan dari rumah orang Morocco. Siling pun cantik, bukan biasa-biasa..
Bonda Rozita Ibrahim salah seorang usahawan yang berjaya dan perkembangannya diikuti oleh ramai orang. Pemilik rumah hutan ini juga membina rumah kediamannya di puncak bukit kerana bonda Rozita sukakan suasana yang tenang dan aman.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Bonda Rozita Ibrahim, telah dikongsikan satu video yang memaparkan bonda Rozita menunjukkan glass house miliknya. Kata bonda Rozita, glass house ini umpama beranda untuk melihat pemandangan di Rumah Puncak kediaman bonda Rozita.
Dari pintu masuk sudah membuatkan warganet teruja melihat dekorasi dalaman glass house ini. Diilhamkan dari rumah orang Morocco, bonda Rozita memodenkan dengan beberapa dekorasi lain. Kulit lembu yang dilapah dijadikan sebagai karpet di salah satu ruangan glass house ini.

Melihat dekorasi glass house bonda Rozita ini membuatkan ramai kagum. Boleh diibaratkan seperti syurga dunia, di sini lah tempat bonda Rozita berehat dan mencari ilham. Bonda Rozita juga turut memberikan sedikit kata-kata motivasi dalam videonya ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Masya Allah cantiknya… langsir tu sangat mempesona. Idea bonda sangat superb.. di dunia bonda dh dpt, insyallah akhirat juga bonda dpt, aamin.. “
” Wauu cantik betol lah bonda, dapat tengok pun jadilah, terbaik bonda .. Tahniah Bonda, memberi inspirasi dan semangat kpd kami dgn cara Bonda.. “
” Masya Allah bonda memang superwomen.. bestnya, sejuk duduk dekat puncak bukit.. cantik glass house bonda.. love your curtains.. “
” Cantiknya rumah, alhamdulillah rezeki bonda.. Macam dekat luar negara macam rumah orang puteh.. Buat airBnB tak? Boleh jugak kita merasa.. “
” I reaaly love this, cantik sangat.. Allah kreatifnya bonda, alhamdulillah.. Subhanallah cantik sgt2 umh cermin bonda ni..tgk pn da rasa nikmat nya ketenangan nya.. “
” Cantiknya rumah bonda masyaAllah.. nk tgk ruang lain pulak bonda .. mesti lagi lagi cantik.. ulang2 saya tengok.. sy pun pencinta alam, sampai lumut longkang pun sy ambik gambar.. org gelak je tp bg sy ianya sgt cantik.. “
” Hebatnya.. Mesti cantik view sekeliling rumah bonda.. lawanya deco dalaman dia.. saya nampak dari jalan haritu. Ingatkan pondok jaga, cantiknya.. “
Indah sungguh glass house Bonda Rozita, dekorasi yang cukup kreatif hasil idea bonda Rozita sendiri. Tentu ramai yang mengimpikan untuk menjejakkan kaki ke rumah bonda ini dan merasai pengalaman melihat pemandangan menarik dari puncak bukit.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bondarozitaibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

