Artis / Selebriti
” Lawak lah Dato’ Aliff, dapat tittle pontianak Bonda eh, haha.. ” – Komen Netizen
Video suami Bonda Rozita Ibrahim, Encik Amin berkongsi cerita mencuit hati ketika pertama kali bertemu Dato’ Aliff Syukri buat ramai terhibur. Wah lain macam cara Dato’ Aliff interview suami Bonda. Kaw-kaw eh Dato’ Aliff mengata Bonda, haha..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Port Sup Bawah Pokok Batu 3, telah dikongsikan satu video yang memaparkan live Bonda Rozita bersama suaminya, Encik Amin. Sambil berborak, pasangan ini melayani komen-komen daripada viewers yang menonton live mereka.
Encik Amin mendedahkan satu cerita mengenai anak lelaki Bonda Rozita, Dato’ Aliff Syukri. Bonda Rozita sendiri tidak pernah mengetahui tentang kisah ini dan Bonda baru sahaja mengetahuinya ketika live itu. Encik Amin mengatakan pertama kali dirinya bertemu Dato’ Aliff adalah di pejabat Dato’ Aliff.
Menurut Encik Amin, Dato’ Aliff pada pandangannya seorang yang mudah didekati. Tidak sombong dan peramah, ianya sifat Dato’ Aliff yang dipuji oleh Encik Amin. Dato’ Aliff juga turut ‘interview’ Encik Amin dan ianya berkaitan dengan Bonda Rozita.

Bonda Rozita yang mendengar cerita ini sudah tergelak dan dapat meneka pastinya anak lelakinya itu akan mengata dirinya. Tekaan Bonda Rozita tepat sekali, namun ianya bukan lah membuka aib Bonda tetapi sesuatu yang mencuit hati. Boleh pula Dato’ Aliff memberikan soalan seperti itu kepada Encik Amin.
Jom tonton video di bawah :
@portsupbawahpokokbatu3 BUAT HAL LAH DATO ALIF SYUKRI😂😂 #dherbsterlajaklaris
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 800 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Suka betul la tgok suami bonda yg bru ni.. lembut je cakp.. sopan sgt. utung bonda.. mga bonda bhgia tau dengan suami sampai bila-bila.. “
” Aliff Syukri cakap betul.. lawak lah dato’ Aliff, dapat tittle pontianak bonda eh haha.. Lawak tengok bonda dan lakinya ni.. “
” Bagus suami bonda, suka bonda sekarang, real bonda.. walaupun dah tua, bonda memang tetap nampak cantik.. tu realiti.. “
” Bagus suami protect isteri.. ni mesti kena cubit psal pinang tadi.. tu yang siap puji.. uban pun cantik.. “
Kisah ini adalah throwback sebelum Encik Amin dan Bonda Rozita bernikah. Kata Bonda Rozita, dirinya yang menyuruh Dato’ Aliff untuk menilai Encik Amin. Bonda juga menceritakan hajat Dato’ Aliff yang menginginkan Bonda Rozita berkahwin dengan menteri.

Berdekah ketawa Bonda Rozita mendengar cerita itu. Beruban pun tetap cantik, yang penting Bonda Rozita mempunyai hati yang baik dan sifat penyayang. Semoga Bonda Rozita dan Encik Amin berbahagia selalu dan perkahwinan ini dirahmati Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Port Sup Bawah Pokok Batu 3, IG Dato’ Aliff Syukri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

