Artis / Selebriti
” Walaupun kau hura hara dekat luar, persembahan kau tetap okay dekat stage.. ” – Tok Ram
Video persembahan Nubhan menyanyikan lagu Masih Aku Terasa di pentas suku akhir Konsert Gegar Vaganza 12 raih pujian ramai. Nyanyian yang penuh dengan penghayatan, sampai Tok Ram pun puji..
Nubhan antara peserta Gegar Vaganza 12 yang masih lagi bertahan sehingga ke minggu ini. Nubhan berjaya mengekalkan momentumnya saban minggu dan persembahannya begitu konsisten serta bertenaga. Sama seperti pada minggu lalu, pada minggu suku akhir yang berlangsung semalam juga menyaksikan satu persembahan yang mantap daripada Nubhan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan dan Tiktok Sooka Malaysia, telah dikongsikan beberapa sedutan video yang memaparkan persembahan Nubhan itu. Lagu dendangan kumpulan Gersang berjudul Masih Aku Terasa dibawakan dengan cukup baik oleh Nubhan.
Nyanyian Nubhan, baik dari segi vokal mahupun penyampaiannya yang penuh dengan penghayatan memuaskan hati pihak juri. Dato’ Ramli MS yang merupakan salah seorang juri memberikan pujian kepada Nubhan ketika memberikan komennya mengenai persembahan Nubhan itu.

Sekali pun Nubhan diasak dengan pelbagai masalah peribadi di luar, namun ianya tidak menjejaskan persembahan Nubhan di pentas. Nubhan tetap kekal fokus dengan nyanyiannya dan itu sesuatu yang bagus untuk seorang penyanyi dan penghibur. Masalah tolak tepi demi sebuah kejayaan.
Jom tonton video di bawah :
@sookamalaysia Jom Usha “Gegar Vaganza” musim ke 12 di sooka setiap Ahad! 💜💜Klik link di bio 🔗
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dia memang berbakat Dalam nyanyian.bab huru harap Tu personal dia.. tapi nubhan memang ada suara yang padu. kalau tak, mustahil tokram puji weh.. “
” Terima kasih Tok Ram komen positif. GV melihat pada keseluruhan. Masalah peribadi tolak ke tepi. Ini pertandingan. Vibes positif lebih ramai dari netizen yg kecam. Bila hati hitam semua yg elok nampak buruk.. “
” Sedap suara dia.. penghayatan pun bagus.. cuba bagi lagu nash-pada syurga diwajahmu kat dia.. mesti padu dia nyanyi lagu tu.. “
” GV bukan program cap ayam.juri pun ada pengalaman yg x leh dipertikai.nubhan memang bagus.x perlu disangkal lagi.masalah diluar x de kena mengena ngan gv.tahniah bakal juara gv 12.. “
” Mmg best… tAhniah nubhan. suara bestttt.. dia memang boleh menyanyi so bab ni memang diakui.. Tok Ram tu puji sbb nk naikkan semangat Nubhan.. “
” Tok ram puji persembahan tuu.. bukan senang tok ram nak puji.. suara dia boleh tahan, yang penting usaha dia untuk beri persembahan terbaik tu.. masalah peribadi, tu tak berkait dengan karier.. “
” Fuh dapat pujian daripada tokram lagi, bukan mudah tau tokram nk puji orang. tp nubhan profesional, peribadi dia tak ganggu persembahan di pentas.. “
Satu persembahan yang menarik dan penuh bertenaga daripada Nubhan untuk penyokongnya. Pada minggu ini, Nubhan berjaya meraih tempat kedua dan menempah tempat ke separuh akhir yang akan berlangsung pada minggu hadapan. Semoga Nubhan terus konsisten dan beroleh kejayaan sehingga ke final nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan Official, Tiktok Sooka
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen

