Artis / Selebriti
” Kelakar betul dengar Tok Ram menyakat Meri. Berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
Video Dato’ Ramli MS menyakat Meri Bulan Bintang buat ramai terhibur. Lawak lah Tok Ram ni, tak berhenti-henti mengusik Meri. Dua-dua tak nak kalah. Macam tu je Meri bahan Tok Ram balik, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik usahawan pakaian raya terkenal, Meri Bulan Bintang, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pertemuannya bersama Dato’ Ramli M.S di butik miliknya. Perkongsian tersebut pantas mencuri perhatian kerana Meri pada awalnya memberi bayangan bakal bertemu seorang pelanggan yang sangat cerewet dalam memilih pakaian.
Rupa-rupanya, individu yang dimaksudkan itu ialah Tok Ram sendiri. Kemunculan Tok Ram di butik berkenaan nyata mengejutkan ramai, apatah lagi apabila melihat sisi santainya ketika memilih busana raya. Pertemuan mereka dimulakan dengan salam dan gelak tawa serta menggambarkan hubungan yang mesra antara kedua-duanya.
Suasana menjadi lebih mencuit hati apabila mereka mula ‘berdebat’ tentang pemilihan warna baju. Tok Ram kelihatan begitu teliti dan mempunyai citarasa tersendiri, manakala Meri pula cuba mempertahankan cadangan warna yang dirasakan sesuai. Dialog spontan dan reaksi wajah mereka membuatkan penonton terhibur melihat gelagat dua figura ini.

Usikan Tok Ram terhadap Meri juga menambahkan lagi seri video tersebut. Namun Meri tidak mudah mengalah, malah selamba membalas setiap gurauan yang dilemparkan. Aksi saling menyakat itu jelas menunjukkan keserasian mereka dan membuatkan suasana di butik bertukar menjadi lebih ceria dan santai.
Tonton video di bawah ini :
@meripergibulat Customer mulut laser #bulanbintang
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur dan dalam masa yang sama memberikan pelbagai kata usikan terhadap Meri dan Tok Ram. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Kelakar betul dengar Tok Ram menyakat Meri. Berdekah aku, haha.. Tapi dorang ni kalau mengusik dah macam melawak ayah dan anak je.. “
” Hahaha comel perangai masing-masing.. Dua2 tak nak kalah, nak menang juga, hahahaha.. Banyak betul baju tokram nak ambil tu.. “
” Mcm bapak ngn ank bergaduh pilih warna, haha.. Bapak nak betul, ank pun nak betul.. Haaa amik la betul dedua.. “
” Dalam banyak2 keputusan meri, memilih TokRam sebagai ambassador adalah keputusan yg paling tepat.. Tahniah Meri.. “
” Macam tu je dia membahan Tok Ram, hahahaha berani betul kau Meri.. Konpem tak cerewet dah kalau jumpa meri nasar.. “
” Tok ram, meh saya tolong scan.. Mne tahu dpt pakej percutian, haha sye tgh rajin ni.. Dpt tumbler pun ok da.. “
” Penat aku tengok dorang gaduh, haha.. Btw slayyy la Tokram weiiii pakai gitu ja wehhhh.. Memang beli konfiden mana ni, haha.. “
Ramai memuji sikap sporting Tok Ram dan kebijaksanaan Meri melayan pelanggan istimewanya itu. Secara keseluruhannya, momen ringkas itu bukan sahaja mempromosikan busana raya, malah turut memperlihatkan kemesraan yang jarang disaksikan oleh peminat mengenai Tok Ram.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok meripergibulan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

