Artis / Selebriti
” Kelakar lah Leona ni. Dia memang random betul, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Kasih Iris Leona memasak dalam sebuah rancangan masak bersama Meri Bulan Bintang buat ramai terhibur. Part Leona cakap carrot tu kunyit kelakar sangat. Confident betul Leona, berdekah Meri gelak, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik Meri Bulan Bintang, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Meri bersama pempengaruh media sosial terkenal, Kasih Iris Leona menjalani sesi penggambaran untuk sebuah rancangan memasak. Turut kelihatan menerusi video tersebut ialah maestro muzik tanah air, Dato’ Ramli MS serta pelakon berpengalaman, Jalaluddin Hassan yang sama-sama memeriahkan suasana.
Menerusi perkongsian itu, suasana di lokasi penggambaran kelihatan santai dan penuh dengan gelak tawa. Meri dilihat begitu bersahaja melayan Leona yang cuba menyesuaikan diri dengan suasana dapur. Walaupun program tersebut berkonsepkan memasak, namun suasana begitu santai dengan gelak ketawa.
Apa yang paling mencuit hati adalah apabila Leona dilihat kurang mengenali beberapa barangan masakan yang disediakan. Reaksi wajahnya yang keliru dan jawapan yang diberikan benar-benar mengundang tawa. Situasi tersebut membuatkan Meri sendiri tidak dapat menahan ketawa melihat Leona ketika berhadapan dengan bahan-bahan dapur.

Usikan bersahaja daripada Meri terhadap Leona turut menambahkan lagi kemeriahan suasana. Dengan nada bergurau, Meri seakan-akan ‘menguji’ pengetahuan Leona tentang dunia masakan. Gelagat spontan mereka berdua membuatkan suasana menjadi lebih hidup dan menghiburkan dan perkongsian video ini menarik perhatian ramai warganet yang menonton.
Tonton video di bawah ini :
@meripergibulat Haritu ada shoot sikit dengan @Leona 🦋 bulanbintang
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur menonton video tersebut dan pelbagai kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Kelakar lah Leona ni. Dia memang random betul, haha.. Tok Ram & Tok J x pening ke dgn leona, HAHA.. “
” Of course leona boleh pakai kayu api, dia kan girl guides.. Also kings scout & queens guide tau, hehehe.. “
” The only lady that we allowed to be like this. hahahahah.. Aku suka betul dengan Leona ni sebab cute sangat perangai dia.. “
” HAHAHAHA kelakar la leona nak berbuka la.. Ni carrot” HAHAHHAHAHAA CONFIDENT LA LEONA SUKA LA.. “
” Ofc masak guna kayu api dia okay je, shes a queen guideeee.. Nak tengok video ni full kt mana, macam best je.. “
” Wehhhhh part blender tu, hahahaa siot lah Leona ni, haha.. Comel la dato jalaluddin hasan gelak haahaha terhibur.. “
” Tok ram dgn tok j mcm tak nak campur.. Langkah selamat..Btw Leona memang sangat comel, pandai dia masak, hehehe.. “
Perkongsian video ini jelas membuktikan bahawa suasana santai dan gelak tawa mampu menjadikan sesebuah program lebih menarik untuk ditonton. Gelagat bersahaja serta usikan spontan antara Meri dan Leona bukan sahaja mencuit hati, malah memperlihatkan keakraban yang terjalin sepanjang penggambaran tersebut.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok meripergibulan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

