Artis / Selebriti
” Terpegun dengar suara Mark nyanyi lagu ni. Menusuk kalbu dan menitiskan air mata.. “- Komen Netizen
Video Mark Adam mendendangkan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta di Konsert Suku Akhir Gegar Vaganza 12 buat ramai tersentuh. Merdu dan secukup rasa persembahan Mark. Suara dan penghayatan yang sangat menyentuh jiwa..
Mark Adam salah seorang peserta kesukaan ramai dalam program realiti Gegar Vaganza 12. Mark mempunyai penyokongnya tersendiri yang selalu ada bersama Mark dan memberikan Mark kata-kata sokongan dan semangat yang tidak pernah putus.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan persembahan Mark semalam. Mark mendendangkan lagu lama daripada kumpulan Flybaits berjudul Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta.
Persembahan Mark itu meraih pujian ramai kerana nyanyiannya yang menyentuh hati. Kawalan suara Mark dan penghayatannya sampai ke hati pendengar. Mark sememangnya seorang penyanyi dan juga seorang guru vokal yang hebat.

Keseluruhan persembahan Mark semalam sangat memberangsangkan dan mendapat komen positif daripada para juri. Mark ada aura untuk mnejadi juara dan sekiranya Mark dapat mengekalkan momentumnya ini, tidak mustahil Mark boleh diangkat sebagai juara kelak.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Sedapnya suara Mark nyanyi lagu ni.. jom bagi Mark menang season ni.. Tahniah Mark, prestasi terbaik untuk minggu ni.. semoga terus berjaya berada dalam carta.. “
” Mark Adam the best, genre lagu yg semuanya terbaik semoga ada rezeki.. suaranya memang hebat dan menusuk ke hati.. “
” Tolong menang juara ya Mark. best sangat sangat.. Menusuk aku kalbu dan menitiskan airmata. walaupun mark xsihat, persembahan tetap padu.. “
” Terbaik Mark Adam.. susah nak bawak lagu ni sebab tone naik turun tapi Mark Adam memang steady.. lagu ni sangat menangkap jiwa.. “
” Student student Mark mesti bangga dengan Mark. Masa Mark nyanyi dari meja makan terus duduk depan tv. Terpegun dengar suara Mark nyanyi lagu ni.. “
” Memang Mark Adam layak menang Juara.. Sbb showmanship dia mantap bukan takat suara je sedap. peningkatan setiap minggu, bakal juara GV insha Allah.. “
” Semoga Mark Adam juara GV nanti. Fredoo… mark… deep ooo.. lagu nii.. Nostalgia betul.. genre song ni sesuai untuk suara Mark Adam.. “
Satu persembahan yang menyentuh hati penonton dan suara Mark memang sesuai dengan genre lagu ini. Mark juga berusaha sehabis baik untuk minggu ini dalam keadaan kesihatannya yang masih belum sembuh. Semoga Mark dapat melakukan yang terbaik untuk minggu hadapan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG f8buzz, IG Media Hiburan
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

