Artis / Selebriti
” Una pun duk rajin kemas, tak tau pasal apa. Padehal ada je cleaner kan.. ” – Icha
Video sekitar ruang bilik office yang dikhaskan untuk Fattah Amin sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran di Pak Mat Western. Wah, dah siap ada tanda nama dan jawatan Fattah atas meja. Bukan main rajin lagi Una mengemas. Siap request letak meja dia depan bilik Fattah, haha..
Beberapa jam yang lepas, pihak pengurusan syarikat berasaskan daging kambing perap, Pak Mat Western secara rasminya memaklumkan Fattah Amin dilantik sebagai Ketua Eksekutif Pemasaran. Ianya berita yang menggembirakan buat peminat Fattah. Pemilihan yang bagus dan terbaik untuk memantapkan lagi team pemasaran syarikat.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Pak Mat Western, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Una dan Icha menunjukkan ruangan pejabat atau bilik khas yang disediakan untuk Fattah. Icha menunjukkan tanda nama Fattah yang tertera nama beserta jawatan yang disandang oleh Fattah.
Kata Icha, bilik ini dahulu merupakan bilik mantan ketua eksekutif dan sekarang Fattah pula yang akan duduk di situ menggantikan posisi yang kosong. Icha mengatakan mereka tidak sabar lagi untuk bekerja bersama Fattah di department itu.

Una pula sedang asyik mengelap kelengkapan Fattah di dalam bilik itu. Sempat warganet mengusik mengatakan lain macam Una punya rajin, kalah cleaner. Tentu kehadiran Fattah di situ dengan idea-idea yang lebih fresh akan menambahkan lagi tarikan untuk pelanggan untuk membeli produk Pak Mat Western.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Amboi rajinnya Una.. makkiiiiii una bukan main semangat.. yang jauh di rapatkan shap haha.. Bangga sungguh dengan kejayaan fattah dari dulu sampai sekarang, fly high Fattah.. “
” Amboii una.. rajin teruk.. semangat una.. Wow…. Tiap-tiap hari una leh jumpa abe fattah hehe.. “
” Lain macam una punya kemas pejabat Fattah amin ni. Terus ubah meja dok depan bilik bos noh.. “
” Tahniah fattah amin, atleast tkde laa org kata dia tkde gaji tetap. duit freelance laa itu ini.. “
” Best lah Una, pemandangan cantik lepas ni hehe.. Jangan tak balik rumah sudah lah una.. syok sangat duduk ofis.. “
” Usaha berbaloi tika melawan British, akhirnya dihargai sebagai pegawai Ketua ace pemasaran.. “
” Dalam duka ada gembira. Ibarat matahari muncul dari sebalik kabus.. Amboi Una, makin rajin lah Una lepas ni.. “
Rezeki Fattah, siapa sangka dari muncul dalam iklan Pak Mat Western pada awalnya untuk mempromosikan daging kambing perap dan kini Fattah bergelar ketua eksekutif pemasaran. Rezeki tak pernah salah alamat. Jika ada rezeki, pastinya tidak akan ke mana.

Silakan SHARE..
Sumber : IG & Tiktok Pak Mat Western, IG Thefa_team
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

