Connect with us

Artis / Selebriti

” Weh macam tengah tengok drama kungfu lah. Bestnya Wafa cakap Cina.. ” – Komen Netizen

Video Wafariena fasih bercakap dalam bahasa Cina raih pujian ramai. Fuh berhabuk betul Wafariena speaking Cina, dah macam her0in dalam drama Cina tu. Hebat lah.. 

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Wafarienaroslan dan Pak Mat Western, telah dikongsikan satu video yang memaparkan satu iklan terbaru Pak Mat Western. Iklan kali ini membawakan penampilan khas pelakon wanita cantik dagu terbelah, Wafariena Roslan.

Menerusi video perkongsian ini, Wafariena menggunakan kebolehannya bercakap bahasa Cina dengan salah seorang pelanggan Pak Mat Western Cafe. Untuk info, Wafariena merupakan bekas pelajar sekolah kebangsaan Cina dan pernah mendedahkannya dalam satu podcast sebelum ini.

Lakonan Wafariena itu membuatkan warganet kagum dan teruja. Kebolehah Wafariena bercakap bahasa Cina dengan fasih mendapat pujian daripada warganet. Memetik komen warganet, ianya seakan-akan menonton drama Cina yang mana Wafariena adalah heroinnya.

Lakonan Wafariena begitu mantap dan mempunyai bakat yang besar dalam dunia lakonan. Pak Mat Western menampilkan satu kelainan untuk iklannya kali ini. Pemilihan Wafariena sebagai pelakon untuk iklan ini juga bersesuaian kerana lakonannya kelihatan natural.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :

” Weyh mcm tgh tengok drama kungfu lh… Best siot wafa ckp cina… Nak lagi… Sblm ni ada tgok kt podcast wafa cerita dia ckp cina dgn adik dia sempoi ahh.. “

” Dah la cantik, lepastu pandai, lagi kelakar pulak tu.. Bagus wafarienaroslan ada bakat jadi penjual bagi pelanggan faham.. “

” Skrip terbaik. Sampai ke shanghai dah sy ni. Gaya berjalan wafarienaroslan macam amoi ni punya tempat. macam nak ajak fight padahal ajak makan.. “

” Pandainya wafa ckp cinaaa.. wafarienaroslan cakap cina campur cakap Penang. pening nak layan cakap mana ni.. “

” Kak long ni adalah budak2 hung hing young & dengerous.. wafarienaroslan ada gaya jadi pelayan pak mat western. siap bagi pelanggan 3 pinggan tu terus.. “

” Wafarienaroslan boleh ni berlakon drama cina.. confirm ramai nak tengok walaupun saya tak faham bahasa cina.. Tewww mcm tgok short drama ooooo.. “

” Pandai pulak amik amoi muka macam stephen chow.. Terbaik la wafariena.. Shaolin pak mat.. I’m sooo proud of you wafariena.. “

Fasih sungguh Wafariena bercakap dalam bahasa Cina dan ianya sesuatu yang boleh dibanggakan oleh si cantik dagu terbelah ini. Tak puas warganet menonton drama pendek Wafariena dan Pak Mat Western itu. Apa-apa pun, semoga Wafariena dikurniakan rezeki yang melimpah ruah selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Wafarienaroslan  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

CeraVe

Trending

Copyright © Berita Kopak

🔥 Berita Terkait Lainnya:
🏥 Kesehatan: Kesehatan💻 Teknologi: Teknologi⚽ Olahraga: Olahraga💰 Ekonomi: EkonomiPendidikan🏛️ Politik: Politik🎬 Hiburan: Hiburan📰 Berita
📡 Auto-updated • ⚡ Fast indexing • 🚀 SEO optimized