Artis / Selebriti
” Tindakan saya mungkin mengejutkan buat rakyat Malaysia.. ” – Fattah Amin
Muncul Dalam Iklan Pak Mat Western, Perkongsian Video Fattah Amin Raih Perhatian Ramai. Ayat Yang Fattah Sampaikan Dalam Iklan Ni Deep Sangat. Part Yang Last Tu Pun Plot Twist Habis !!
Umum mengetahui, Pak Mat Western adalah sebuah jenama daging perap nombor satu di Malaysia yang menggunakan kuasa viral dalam strategi marketing perniagaan mereka. Pak Mat Western biasanya mengundang artis atau pempengaruh terkenal yang sedang tular untuk terlibat dengan iklan produk mereka.
Menerusi akaun Instagram, Fattah berkongsi video lakonannya dalam iklan Pak Mat Western. Umum mengetahui Fattah sedang viral berkenaan kes rumahtangganya bersama Fazura. Menerusi video ini, Fattah kelihatan begitu segak mengenakan baju Pak Mat Western dan seluar jean berwarna biru.
Pada awalnya Fattah melakukan kerja mengelap meja, membuang sampah dan menyediakan yogurt. Namun tiba-tiba Fattah muncul dalam meeting. Rupa-rupanya Fattah adalah bos Pak Mat Western yang dicari-cari selama ini. Fattah sebelum ini hanya berpura-pura menjadi pekerja biasa. Tiba masanya Fattah munculkan diri, memang plot twist. Jangan salah sangka, ini hanyalah lakonan dalam iklan sahaja.

Antara ayat yang keluar dari mulut Fattah dalam iklan ini yang sangat mendalam maknanya adalah ” Ikutlah resmi padi. Semakin berisi, semakin tunduk. Pangkat dan kemasyuran takkan kekal selamanya.. “. Seperti ada mesej yang tersirat ingin disampaikan.
Jom tonton video di bawah :
Rata-ratanya memuji lakonan Fattah dalam video ini. Ada mesej yang ingin disampaikan di sebalik iklan. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :
” Dalam mesej yg nk disampaikan disebalik iklan PW.. Ikutlah resmi padi. Semakin berisi, semakin tunduk. Pangkat dan kemasyuran takkan kekal selamanya.. “
” Pangkat dan kemasyuran takkan kekal lama. Suatu hari nanti kita akan kembalikan” Redup mata dia sampaikan ni.. pak mat x keluaq takpa, sbb elok.. “
” Muka fatah nampak lain , nampak susut , suram , macam tak cukup tido , tak cukup rehat mungkin , air wajah simpan seribu masalah . Lain sangat.. “
” Marketing idea ni paling best. Nak2 pulak Fattah. Padu.. Sbb fattahaminz yg promote.. esk dgn laju aku akan g beli.. Hebat perjuangan perasaan lelaki bernama Fattah Amin.. “
” Tak sekarang aku nak tengok selipar dia ja.. Aura dia.. dgn selipar jepun pun nampak elok.. Moral of the story pak mat nk habaq dia hensem mcm patah amin.. OK sampaiiiii.. “
” Jangan mainkan perasaan kami fatah cakap bebetul hg pak mat ka.. Laju Pak Mat Western buat kerja.. Hensem, aura dia kembali masa zaman kegemilangannya dulu, jalan terus Fattah Amin.. “
” Semakin menyalaaaa dan bersinarrr.. Fattah amin is backk.. It’s ok Fattah. We all support u 100%. Fly higher.. Kim soo hyun versi Malaysia. Sebab herlok sangat ni.. “

Rezeki Fattah diundang untuk menjayakan iklan Pak Mat Western. Sama-sama kita mendoakan semoga Fattah dimurahkan rezeki dan dipermudahkan semua urusannya. Doakan juga yang terbaik buat Fattah, Fazura dan anak mereka, Nur Fatima Aisya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

