Artis / Selebriti
” Tiara semakin kelakar. Macam tu je Achey kena gula-gula dengan Tiara, haha.. ” – Netizen
Video Anak Achey Bocey, Tiara Zinnirah Bertanyakan Soalan Mengenai Yaman Buat Peminat Terhibur. Ad0i Tiara, Macam Tu Je Dia Gula-Gulakan Ayah Yer. Tak Terpikir Pula Tu Jawapannya. Berdekah Achey Dibuatnya, Haha !!
Menerusi akaun Instagram Achey Bocey, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anaknya, Tiara Zinnirah Nasir mengenakan Achey. Dapat dilihat pada awal video, Tiara bercakap dengan mamanya, Anne memberitahu dia ingin bertanyakan kepada ayah soalan ‘ apa itu Yaman ‘.
Tiara berlari menuju ke arah Achey yang sedang duduk di ruang tamu. Achey juga pada awalnya tercengang apabila soalan ini diajukan dan menjawab ‘ Yaman ‘ itu adalah negara. Tiara mula berbisik kepada Achey dan memberitahu ‘ Yaman ‘ itu sebenarnya adalah sebuah lagu.
Tiara menyanyikan permulaan lagu tersebut berbunyi ‘ Yaa Man Shollaita Bikulil Anbiya ‘. Ad0i lah Tiara rupa-rupanya lagu dendangan Maher Zain berjudul Rahmatun Lil’ Alameen. Pandai betul ye ambil perkataan hadapan sahaja ‘ Yaa Man ‘.

Achey pun sporting sahaja melayan telatah Tiara. Dah jadi berduet pula anak dan ayah ini menyanyi sama-sama. Achey sendiri tidak dapat menahan ketawa, makin banyak akal lah anak dar4 seorang ini. Last tu dah buat channel Youtube pula si Tiara, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Achey ini telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haha Tiara buat hal la haha. Yaman telinga mendengarnya haha. Aku pon mula2 pelik, amende yaman tu….. kahkahkah, penat aku gelak tgk budak ni.. ”
” Elok nk prank ayah awak dek , sekali jadi group nasyid awak buat ngn ayah awak.. hahahaha akulahh tak boleh blah . Kelakar dekk haha.. ”
” Biasa ayh kne kn org… tgk skrg tiara kne kan ayhnye.. hahahahah… anty gelak dik… ank anty mcm ni jgk teka la apa laa.. ”
” Cerdiknya Tiara, speechless terus ayah ej haha. Masuk air la comel g1la Tiara ni haha. Lagi kelakar dari bapak dia haha.. ”
” Yaman sangat Tiara, bapaknya kena pr4nk dengan anak kali ni haha. Tiara lagi lawak dari bapaknya hehe.. Eei ger4m lah dengan dia ni.. ”
” Macam tu je kena gula-gula dengan Tiara haha. Aunty gelak terbahak-bahak tengah-tengah malam ni Tiara. Ayah terkena lah haha.. ”
” Tiara semakin kelakar ye haha.. duet terus. Serius laaa… Hahahah aku tak terpikiaq pun yaman tu apa haha.. ”

Alahai Tiara, akh1rnya ayah terkena juga dengan Tiara. Yaman tu apa ye Tiara, soalan memang tak terpikir itu jawapannya. Bukan setakat Achey, warganet yang menonton pun terhibur sama. Apa-apa pun, semoga Tiara terus membesar dengan sihat dan menjadi penghibur hati ayah dan mama.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Achey Bocey
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Talented lah Ayash, pandai nyanyi ikut tempo. Lagu evergreen tu Ayash, power lah.. ” – Komen Netizen


