Artis / Selebriti
” Dah rosak boss Jakel dengan depa ni. Dahsyat eh group pak bawang, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Kamal Adli, Achey Bocey, Nabil Ahmad dan Bos Jakel membawang kisah Que Haidar memberikan bunga kepada Fazura buat warganet terhibur. Amboi masing-masing bila bergosip, kalah makcik-makcik bawang. Bos Jakel dedah kejadian sebenar..
Hangat diperkatakan oleh warganet mengenai satu video yang memaparkan Que Haidar memberikan satu kejutan berupa jambangan bunga kepada Fazura. Ramai yang menyangka itu adalah content semata-mata daripada pihak Jakel untuk bahan pemasaran mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Que_faz dan Instagram Jakel Textile, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat duta lelaki Jakel iaitu Kamal Adli, Nabil Ahmad, Achey Bocey dan Ammar bercerita bersama boss Jakel.
Jika selalunya kita melihat kaum wanita yang kuat bergosip, kali ini gelagat kaum lelaki ‘membawang’ pula ditunjukkan. Masing-masing penuh dengan gaya melucukan ketika bercerita mengenai Que dan Fazura. Boss Jakel juga mendedahkan kejadian sebenar yang terjadi pada hari tersebut.

Rupa-rupanya kejutan tersebut bukan lah daripada pihak Jakel tetapi inisiatif Que sendiri. Penuh gaya boss Jakel bercerita dan Kamal pula menambahkan perisa dengan ekspresi wajahnya ala-ala mami jarum. Telatah duta-duta Jakel yang masuk air ini begitu mencuit hati.
Jom tonton video di bawah :
@que_faz part 1 gosip kisah que haidar bg bunge pada fazura😂 plan xde kne mgene ngn boss jakel ye,,que haidar sndri plan🤭 #quehaidar #fazura #jakel
@que_faz part 2 bukan main geng gosip team jakel pasal que haidar bg bunga kt fazura,, bos jakel pon sme naik🤣 #quehaidar #fazura #jakel
@que_faz part 3 meriah team jakel membawang🤣 #quehaidar #fazura #jakel
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kamal punya reaksi tuu adoii kalahh mamii jarumm haha.. bos jakel pun sama naik bergosip.. Makin lama makin dekat boss, makin hangat gossip tu.. “
” Tak masalah nyer bos jakel tu dgn tgn2 sekali dia tu bercerita… mmg masuk btl watak dia.. Lelaki bila bergosip kemain haha.. Aku la kan, boss Jakel pun dah rosak gara-gara Kamal.. “
” Dah rosak bos Jakel dengan depa ni.. dahsyat eh group pak bawang haha.. siot lah korang membawang.. jarang tengok lelaki bergosip wei haha.. “
” Paling takut bila lelaki berkumpul ke berasap bagai… Sure bergosip.. Kalah org pompuan.. Ini realiti hahhahaha.. wei function teruk bos jakel.. “
” Boss Jakel dengan kamal kemain ekk haha.. Org lelaki membawang lagi paroh weii.. amboi bos jakel. bos tak macam bos, membawang jugak.. sporting dan kelakar lah bos Jakel ni.. masuk air sama macam kamal.. “
” Kemain kome membawang ye.. KA tu main peranan btl hbs diusap kepala achey.. nasib xtarik2 rmbut mmber.. lelaki kalau bab gosip ni, lebih jemah ya dari org perempuan. depa info lagi cepat dari kita. wifi depa laju weyhhhh.. “
” KA ketua membawang.. Wei Mal.. overrrrrr haha.. menjadi sungguh haih.. sma2 naik eh semua.. bos jakel pun sama naik. auto lentik jari boss jakel time membawang.. “
Bukan main rancak lagi semua apabila bergosip hal Que dan Fazura. Bos Jakel pun sekepala dan sporting bersama duta-duta tersayang. Family Jakel memang meriah tahun ini dan menceriakan. Yang penting, Que beri bunga kepada Fazura bukan content Jakel dan ianya betul-betul surprise untuk teman sekerjanya itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Jakel Textile, Tiktok Que_faz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kakak saya dapat inspirasi dari.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen

