Artis / Selebriti
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
Video Rina betulkan sebutan bahasa Melayu ibunya, Maryam You Narae raih pujian ramai. Pandai lah Rina, spontan je dia tegur Omma cakap salah. Dah macam cikgu Bahasa Melayu lah Rina, hehe..
Bagi yang mengikuti pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim dan Maryam You Narae, pasti mengetahui yang pasangan ini suka berkongsi video gelagat anak mereka iaitu Rina. Coleteh si kecil ini selalu membuat ramai yang geram kerana Rina seorang anak yang comel.
Meskipun baru berusia 3 tahun lebih, Rina sekarang sudah boleh mengusai tiga bahasa iaitu Bahasa Korea, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Maryam, telah dikongsikan video yang memaparkan Maryam sedang berborak bersama Rina.
Maryam ada bertanya kepada Rina ke mana Rina pergi bersama Ryzal. Namun, Maryam sengaja menyebut perkataan ‘pergi’ dengan menyebut ‘pegi’ . Berulang kali Maryam menyebut dan Rina menegur ibunya dengan berkata kembali kepada Maryam sebutan yang betul adalah ‘pergi’.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meluahkan rasa kagum mendengar cara Rina membetulkan sebutan Maryam. Tulis warganet, meskipun Rina baru kanak-kanak, dia sudah tahu perkataan Bahasa Melayu yang salah dan betul.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dengan aunty pun gelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu omma, pandai sangat lah Rina.. Sabar je layan omma nyakat hehe.. “
” Assalammualaikum pandainya Rina tolong ajarkan ibunya ye, suka tengok Rina ni comel ajalah sehat selalu ibu dan si comel ya sayangku.. “
” Bersabar betul Rina ni. Kene ulang byk kali pon nada dia steady je.. Kuat menyakat lah omma, hehe so cute Rina.. Cerdik pula tu.. “
” Rina nie klau dia tak tahan sgt mesti keluar bahasa korea dia tu, hahaha.. Anak yg penyabar Rina nie.. Bagus lah didikan Ryzal dan Maryam.. “
” Pandai la Rina umur mcm ni dah tahu mana yg betul.. Pandai cakap banyak bahasa pula tu.. Tak baby talk lagi good job Rina.. “
” Pandainya Rina… Bgus Rizal dgn Maryam ajar Rina bnyk bhsa… Hahahahaha mak dia pun saje je menyakat kan, haha bijak budak Rina ni.. “
” Comel nyaa Rina mcm cikgu dah betulkan sebutan omma dia.. Kagum tengok Rina ni, sebab dia memang anak yang bijak.. “
Bak kata warganet, Rina memang seorang anak yang bijak. Tengok sahaja lah gelagatnya ketika menegur ibunya, sudah seperti seorang guru membetulkan percakapan anak murid. Apa-apa pun, semoga Rina terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik buat kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG maryamyunrr
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

