Artis / Selebriti
” Terbahak aku dengan random Amayan ni. Lawak lah, haha.. ” – Komen Netizen
Video respon Ammar Ahyan apabila ditanya barang pertama yang dibeli dengan gaji pertamanya buat ramai terhibur. Tak sangka itu yang Amayan beli. Part Amayan tiba-tiba menyampuk tu paling kelakar, haha..
Dato’ Aliff Syukri dan anak sulungnya, Ammar Ahyan telah pun menerima Anugerah Seller Terpaling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 37 minggu lalu. Ianya satu pengiktirafan untuk usaha dan penat lelah Dato’ Aliff dan Ammar yang rajin berniaga secara online.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Berita Harian, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan Dato’ Aliff dan Ammar dalam Podcast ABPBH37. Podcast ini telah dimuatnaik dalam versi penuh pada 17 Disember jam 2 petang (tonton video penuh di hujung artikel).
Menerusi video ini, host bertanya kepada Ammar mengenai barang yang Ammar beli selepas mendapat gaji pertamanya. Jawapan Ammar yang menyebut dia membeli Char Kway Teow membuatkan host sendiri tersenyum. Host bertanyakan sekali lagi barangan apa yang Ammar beli.

Ammar yang masih blur dan lupa kelihatan diam sejenak. Sementara Dato’ Aliff bersuara mengatakan Ammar seorang yang cermat dan suka berjimat. Gaji Ammar tidak pernah diusik kerana segalanya Dato’ Aliff yang sediakan. Namun tindakan Ammar selepas itu menyebut sesuatu mengundang ketawa.
Jom tonton video di bawah :
@bharianmy Ammar Ahyan beli Char Kway Teow gaji pertama Saksikan perkongsian penuh dalam Podcast ABPBH 37 pada 17 Disember, jam 2 petang. #ABPBH37 #SATUKeunggulan #BintangPalingPopular #BH #TV3 #Daia #DOMECafe
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Ribuan komen juga direkodkan dan antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sbnarnya dia tk dgr pun apa yg ayah dia cerita, dia berfikir apa yg dia penah beli pakai duit Sndiri, hujung2 baru ingat oh cawan.. Papa dia dah sediakan semua buat apa dia guna duit dia sendiri.. speechless jawapan. nasib baik host bijak balas .. amayan amayan.. “
” Haha tengah syok sembang tetiba ‘ saya beli cawan ‘ haha.. terbahak aku dengan random amayan ni.. rupanya td senyap sbb pikir beli apa.. “
” Tak pernah tak terbahak aku dengan Amayan ni. Ya Allah, tetiba beli cawan dengan suara bangganya tu. Md Nor mesti suka amayan ni tau.. “
” Bapak dia potpetpotpet dia x dengar pon, dia dok fikir apelah aku beli guna duit gaji. Tu yg tetiba beli cawan kat shanghai.. Lawakkk hahaha.. “
” Penat ayah dia tolong backup, tiber “saya penah beli cawan kat shanghai” haha.. Lamanyua dia nak fikir.tiada angin, tiada ribut, tetiba beli cawan Shanghai haha.. penat ahh ketawa.. “
” Weh semua orang speechless haha.. Ya Allah tertiba cawan, terkeluar nasi impit aku haha.. ingatkan senyap kenapa rupanya tengah fikir beli apa.. amayan amayan.. “
” Dah cukup nafas dah ni haha.. Lama dia fikir barang apa.. the cawan part secara tiberrr made me laugh so hard haha.. “
” Orang dah sampai alam lain.. amayan baru jumpa jawapan beli apa… amayan… why u r too cute too handle.. bagus budak ni.. humble.. “

Jawapan Ammar yang keluar secara tiba-tiba itu membuatkan warganet terhibur. Ammar sememangnya seorang yang random dan menghiburkan. Bagus Ammar, berjimat dan tahu apa yang lebih penting. Semoga Ammar akan menjadi seorang insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara suatu hari nanti.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Berita Harian, Youtube Channel Berita Harian
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

