Artis / Selebriti
” Tengku Ahmad merestui betul tu, segenggam bunga rampai terus dia tabur, haha.. ” – Komen Netizen
Video Ragam Kekanda-Kekanda YAM Tengku Puteri Afzan Ketika Majlis Istiadat Berinai FD Idzham Buat Ramai Terhibur. Amboi Tengku Ahmad, Mujur Pengantin Tak Kena Mandi Dengan Bunga Rampai. Tengku Hassanal Pula, Sebijik Telur Disuanya Ke Mulut Pengantin, Hehe !!
Majlis Berinai pengantin diraja Pahang, YAM Tengku Puteri Afzan dan pasangannya, FD Idzham telah pun berlangsung dengan meriahnya semalam. Bertempat di Istana Abdul Aziz, majlis ini dihadiri oleh kaum kerabat Pahang dan juga tetamu-tetamu terhormat dari negeri lain.
Meninjau entry di akaun TikTok Cornflakesgirlz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat kekanda-kekanda Tengku Afzan iaitu Tengku Hassanal, Tengku Muhammad dan Tengku Ahmad ketika menyempurnakan Istiadat Berinai adinda mereka itu.
Menerusi video ini, sisi nakal Tengku Hassanal mencuit hati Warganet. Sempat disua ke mulut FD Idzham sebiji telur. Tengku Hassanal sendiri tersenyum dengan gurauannya itu. Tengku Muhammad pula seperti keliru perlu buat apa. Tengku Muhammad ini sememangnya seorang yang kelakar dan sering membuatkan orang terhibur.

Yang terakhir adalah Tengku Ahmad yang merupakan kembar Tengku Afzan. Dengan wajahnya yang serius itu, Tengku Ahmad merenjis dan menaburkan bunga rampai ke tapak tangan FD Idzham. Apa yang menggeletek hati warganet sepatutnya sedikit sahaja bunga rampai yang perlu ditabur tetapi Tengku Ahmad meletakkan selonggok bunga rampai. Walaupun nampak pendiam, suka menyakat juga Tengku Ahmad ini.
Jom tonton video di bawah :
@cornflakesgirlz Ragam kekanda-kekanda semasa inaikan pengantin lelaki 😂🤍 geram betul kita. Hahaha ni just pov je tau 🥰 Ampun tuanku 🙏🏻#tengkuhassanal #tengkuhassanalibrahimshah #tengkumuhammad #tengkumuhammadiskandarriayatuddinshah #tengkuamirnaseer #tengkuahmad #tengkuahmadismailmuadzamshah #tengkuahmadismail #taimshah
♬ Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 40 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Part tengku Ahmad tu weh, banyak betul dia isi bunga rampai haha.. macam nak tabur coklat atas kek gaya ni haha.. segenggam dia amk, segenggam jugak dia campak atas tangan idzham tu.. random terlebih ni.. ”
” Yang tengku ahmad punya bunga rampai tu sikit lagi nak jadi caesar salad haha.. ingatkan tengku muhammad dah lawak, rupanyan tengku ahmad lagi kelakar.. muka serius tapi lucu.. ”
” Banyak betul tengku ahmad tabur bunga rampai tu, siap tabur tinggi-tinggi lagi haha. dorang adik beradik ni amalkan hidup macam kita ke haha, random betul perangai.. “
” Tengku ahmad tu merestui betul tu, segenggam bunga rampai terus dia tabur haha. mesti fd idzham tu banyak tahan gelak tengok gelagat masing-masing.. “
” Astaga banyak betul bunga rampai tengku ahmad, ni nak mandikan pengantin dengan bunga rampai terus. terkejut jugak tengok tengku ahmad amk punya banyak bunga rampai.. ”
” Redha jelah adik ipar haha.. awat la putera raja pahang ni semua kelakar eh. tengku ahmad tu memang paling tak sangka lah, lagi kuat menyakat. kemain dia tabur tinggi bunga rampai tu.. ”
” Jumpscare betul ye last sekali tu. tengku ahmad ingat dia tengah main pondok-pondok ke masa kecik gitu gaya tabur bunga rampai. comel je.. tengku hassanal dengan telornya, tengku ahmad dengan segenggam bunga rampainya.. lucu lucu lah dorang ni.. ”

Kelakar sungguh gelagat kekanda-kekanda Tengku Afzan ini. Tentu FD Idzhan pun tidak dapat menahan ketawa dengan perangai mereka semua. Nasib cuma segenggam yang Tengku Ahmad ambil, kalau tidak memang ‘mandi’ bunga rampai lah pengantin baru ini. Baik abang mahu pun adik semuanya suka menyakat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok af.
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen

