Artis / Selebriti
” Tak duduk diam la Tengku Muhammad ni. Sempat lagi cuit siku isteri tu.. ” – Komen Netizen
Video dan gambar pasangan pengantin diraja di Majlis Resepsi sebelah pengantin perempuan raih perhatian ramai. Cantiknya Tengku Natasya dalam busana adat Acheh. Tengku Muhammad pun sempat melambai-lambai atas pelamin. Tak boleh duduk diam, hehe..
Setelah selesai semua istiadat di Istana Abdulaziz, Kuantan Pahang, kini tiba gelaran majlis resepsi di sebelah pengantin perempuan pula. Jika di sebelah kerabat raja Pahang menggunakan adat Pahang, di sebelah pengantin perempuan pula, adat Acheh digunakan.
Meninjau entry di akaun Instagram Inaijari, telah dikongsikan sekeping gambar yang memaparkan penampilan YM Tengku Natasya dalam busana pengantin adat Acheh. Anggun dan bergaya dalam busana pengantin berwarna maroon, Tengku Natasya kelihatan berseri-seri sekali.
Menerusi akaun Tiktok A.H pula, video ketika YAM Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin dan YM Tengku Natasya duduk di pelamin mereka. Tengku Muhammad yang selalu ceria ini kelihatan tersenyum sahaja sejak awal majlis berlangsung. Pada majlis ini, Tengku Muhammad lebih santai dan tidak terikat dengan protokol.

Comel sahaja melihat Tengku Muhammad melambai-lambai tetamu yang berada di kerusi tetamu di hadapannya. Riak wajah Tengku Muhammad itu membuatkan warganet tersenyum sendiri melihatnya. Tengku Muhammad juga bertambah kacak dalam persalinannya kali ini.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat video seterusnya )
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@a.h_ediitszz langsung Perkahwinan Diraja Tengku Muhammad Iskandar dan Tengku Natasya Puteri Adnan di Kuala Lumpur. #tengkumuhammad #tengkuarifbendahara #tengkunatasyaadnan #royalpahang #royalpahangfamily #tabtasya #tabtna #AWANInews #istiadatperkahwinandiraja
@a.h_ediitszz Replying to @yayarshd148 gelak je tengok TAB ni😂😆 #istiadatperkahwinandiraja #royalpahang #tengkuarifbendahara #tengkunatasyaadnan #AWANInews #tabtna #royalpahangfamily #royalpahang
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Cantiknya pasangan pengantin.. kacak dan lawa gila tapi nampak berat agaknya sunting di kepala Tengku Natasya ni.. “
” Tak diam ek pengantin lelaki, tak habis lucunya.. Tengku Muhammad bangga ada isteri seperti Tengku Natasya.. “
” Aktif betul pengantin lelakinya… Tengku Muhammad ni memang lucu sangat orangnya.. Tengku Natasya pula lembut dan sopan je.. “
” Cantiknya merah maroon. Warna ni naik seri pengantin sungguh.. tak duduk diam la pengantin ni.. sempat lagi cuit siku tu, duk diam-diam tengku.. “
” Pengantin paling best.. Happynya Tengku Muhammad bila nama bondanya disebut.. tengok Tengku Muhammad ni automatik sis gelak.. “
” Bagusnya Tengku Muhammad still pakaia adat Melayu.. pengantin lelaki yg tak reti duduk diam… ha ha .. ada je gelagatnya .. bosan nk duduk diam’ je kan… aduh lucu btl.. “
” Cantiknya tengku natasya.. tak puas tengok, busana malam ni pun wow sangat. Yang si tengku Muhammad tu, tak reti duk diam sungguh.. ”
Indah dan cantik berseri-seri pengantin baru ini di pelaminan. Tengku Muhammad memang sering ‘membuat hal’ yang mencuit hati. Walaupun duduk di atas pelamin, masih tidak boleh duduk diam. Ada sahaja perlakuannya yang membuatkan ramai terhibur.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Inaijari, Tiktok A.H
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

