Artis / Selebriti
” Tak payah, tak payah, ni perempuan. Sorry ye Cik B. Jadi hal kecuali.. ” – CIkgu Shafi
Video Cikgu Shafi melarang Cik B diangkat beramai-ramai oleh penari-penari lelaki ketika rehearsal final TTMM2 raih perhatian ramai. Fuhhh nasib baik Cikgu Shafi tak bagi, kang tak pasal-pasal viral Cik B..
Umum mengetahui yang anak usahawan terkenal Dato’ Seri Vida iaitu Cik B telah berjaya memenangi tempat ke 4 ketika konsert final rancangan Talk To My Manager musim ke 2 (TTMM2. Persembahan solo dan juga duet Cik B bersama MK K-Clique mendapat sorakan yang hangat daripada penonton yang hadir.
Menerusi perkongsian terbaru Cik B di akaun tiktok miliknya, Cik B memuatnaik video ketika rehearsal baru-baru ini. Menurut Cik B, Cik B sepatutnya akan diangkat beramai-ramai oleh penari-penari yang mengiringi persembahan finalnya itu.
Namun begitu, Cikgu Shafi yang merupakan guru vokal peserta-peserta TTMM2 bertindak tegas tidak membenarkannya kerana Cik B merupakan seorang wanita, manakala penari-penari itu semuanya lelaki. Ianya tidak manis dipandang mata dan jugua ditegah oleh agama bersentuh-sentuhan antara bukan mahram.

Cik B akur dengan nasihat dan menyambut baik teguran daripada Cikgu Shafi. Walaupun tiada scene tersebut, namun persembahan Cik B tetap hebat, mantap dan memukau penonton di auditorium dan juga yang menonton di kaca TV. Nampaknya Cik B kena mencari penari-penari perempuan selepas ini jika ingin buat adegan sepenti ini.
Ikuti perkongsian di bawah :
@cikb_havoc Turns out, Cik B punya final performance still fireeee #tiktokmalaysia #moshpit #talktomymanager #haatepok #cikb
Rata-rata netizen bersetuju dengan teguran Cikgu Shafi. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk anda adalah :
” Nasib x jadi, bahaya.. dan satu lagi Kene ingat dia perempuan.. bhya byk mata yg mlihat.. takut Allah.. bukan takut apa manusia kate.. “
” Kan… risau.. nasib cikgu tu cakap tak boleh.. seram pulak kitaa.. cikgu Shafi the Bestt.. tabik cikgu shafi.. “
” Bagus cikgu tegur.. cik B pun akur.. dengar nasihat.. lurve sangat.. betul, ikut je kata cg takde marah ke apa, good job cikb.. “
” Bagus cikgu shafi bertegas.. bagus jugak cik B mendengar nasihat.. kedua2 nya terbaik.. anak mama yg hebat .. mesti bagus.. “
” Terbaik la cikgu… Mcmni mak lovee… Cib pown bgs dia terima nasihat dengan baik… Btl la mama dia ckp cik b mg anak yg hebat.. “
” Bagus teguran dr Cikgu…..Cik B pun terbaik faham atas teguran.. Bagus nye msih ad y concern bab ni. Well done.. “
” Bgus cik B.. Xpayah angkat la.. Risau aku.. kalau pakai glove sekali pon, sentuh secara sengaja tetap tak boleh.. “

Pujian harus diberikan kepada Cikgu Shafi yang melarang Cik B diangkat oleh penari-penari lelaki ketika membuat persembahan. Pujian juga patut diberikan kepada Cik B yang mendengar dan menerima teguran Cikgu Shafi dengan baik. Kalau tak, tak pasal-pasal viral nanti Cik B, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok cikb_havoc
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kakak saya dapat inspirasi dari.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen

