Artis / Selebriti
” Air kencing hampir nak minum, tapi Jas tak minum sebab.. ” – Jaslinda
Video pendaki wanita, Jaslinda Saludin cerita pengalaman macam mana dia boleh survive dan kejadian hampir minum air kencing sendiri ketika sesat semasa mendaki gunung. Ya Allah, kesiannya Kak Jas, sampai macam tu sekali..
Hari ini pendaki wanita yang sesat, Jaslinda Saludin menjadi tetamu di konti Radio Sinar, Banyak yang diperbualkan oleh penyampai Sinar iaitu Sharifah Shahirah, Roy Azman dan Hefni bersalam Jaslinda menerusi segmen Gen Sinar Pagi. Sekadar info, Jaslina telah hilang selama 14 hari ketika mendaki Gunung Batu Putih di Perak.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok milik arinijulie, Jaslinda menjawab pertanyaan mengenai solat yang diajukan oleh netizen kepadanya. Menurut Jaslinda, dia ada membawa kompas qiblat dan juga botol air untuk mengambil air sembahyang.
Selain itu, Jaslinda juga turut mencerita bagaimani dia survive apabila tiada bekalan makanan untuk dijadikan sumber tenaga ketika berada di hutan itu. Tambah Jaslinda lagi, dengan izin Allah, dia telah menemui buah-buahan untuk dimakan.

Di hujung video, Jaslinda menceritakan yang dirinya hampir-hampir minum air kencing sendiri disebabkan sudah beberapa hari tidak mendapat bekalan air untuk diminum. Jaslinda juga turut menahan diri untuk tidak menangis kerana bimbang kandungan air dalam badannya akan berkurang dengan cepat.
Jom tonton video di bawah :
@arinijulie Solat dan survive dalam hutan, sampai nk minum air kencing sendiri 😢 #hiking #gunungbatuputih #sesat
Rata-rata netizen mengucap syukur Jaslinda akhirnya selamat. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan adalah :
” Alhamdulillah untung akk jaslinda jumpe tumbuhan2 yg kite sendiri tk jumpe.. Alhamdulillah hanya Allah yang maha mengetahui nya.. “
” Alhamdulillah Allah jaga bagi peluang untuk cerita pd kita ingat bergantung je Allah selesai kan untuk kita.. Ujian dia.. “
” Aku faham penjelasan Jas.. macam pagi tadi aku bercakap dgn angin, sebab aku kemas kebun nak bakar rumput kayu kering api tak naik naik.. asap jer ada, sudahnya aku sound la angin.. tolong la aku, hidupkan api ni.. jadi ko.. “
” Saya faham apa yang dijelaskan oleh puan. Hanya kita dengan Allah SWT sahaja dan seseorang yang mengalaminya sahaja.. “
” Pengajaran utk kita.. apabila org tgh trima musibah, jgn trus kta bkn².. prasangka mntk jauh.. 2minggu hilang, berapa kg berat badan turun ?
” Alhmdulillah amin3. semoga kak jas terus kuat sihat dan dilimpahkan rezeki amin3.. Syukur Alhamdulillah.. ‘ Dengan izin Allah, ayat yang paling luluh hati saya dengar.. “
” Alhamdulilah dh selamat sis, pengalaman yg sgt ngeri kn, sy yg dgr jd takut, rasa cm sy pula yg sesat dlm hutan tu.. syabas semangat yg kuat.. “

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Seperti kata Jaslinda, kejadian ini lebih mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Kepada Allah lah kita berdoa dan juga memohon perlindungan. Semoga selepas ini tiada lah orang yang berkata yang bukan-bukan mengenai Jaslinda.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok arinijulie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

