Artis / Selebriti
” Serious la Halim Othman. Suara maintain, pitching tak lari langsung, gelak camtu jugak.. ” – Netizen
 
																								
												
												
											Video Halim Othman Bersiaran Di Konti Era FM Buat Ramai Terhibur. 25 Tahun Berlalu, Antara Orang Pertama Yang Menghidupkan Nama Radio Era. Suara Tak Berubah Langsung. Wajah Pun Awet Muda Sungguh !!
25 tahun yang lalu, pada tanggal 1 Ogos 1998, stesen radio Era FM memulakan siarannya. Pada ketika itu, penyampai radio lagenda, Halim Othman menjadi penyampai pertama di situ. Halim nama yang cukup gah dalam dunia penyiaran dan digemari oleh ramai pendengar.
Bersempena 25 tahun Era, Halim dijemput ke konti Era pagi tadi. Meninjau akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan beberapa sedutan video menarik ketika Halim ke udara. Bukan hanya pendengar, malah Pak Azad sebagai penyampai juga goosebump apabila dapat berjumpa Halim.
Suara dan wajah yang tidak banyak berubah sejak dari dulu, itu lah Halim Othman yang penuh dengan semangat apabila bersiaran. Lentok suaranya dan bahasa yang digunakan memikat hati ramai pendengar. Salah seorang pemanggil yang dapat menembusi talian berkongsikan satu teka-teka yang sudah 25 tahun disimpan.

Siapa yang tidak teruja dapat bercakap dengan DJ kesayangan. Mendengar suara pemanggil itu tergambar betapa seronoknya dia. Kata pemanggil ini, pantun itu adalah daripada arw4h bapanya yang diminta untuk ditanyakan kepada Halim. Epik betul penantian 25 tahun berkesudahan akhirnya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih banyak tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Suara abang halim othman ho maintain sedap sampai sekarang.. Legend kita ni HO.. Tahniah Era 25 tahun.. ”
” Halim othman nie bukan calang2 education background die hebat.. pernah belajar di us.. dulu bukan senang nak dpt belajar luar negara.. btul la linda onn ckp dulu dj radio lain skrg lain.. ”
” Serious la Halim. Awet Muda kaw-kaw.. I dengar pagi tadi. Rasa seb4k pulak. Mahal betul moment ni.. ”
” Hebat brader H.O ni.. sora menten.. pitching x lari lgsung.. gelak dok camtu gak. Ni mmg2 awek muda klas A+++.. ”
” Rindunya.. seb4k sebab Halim Othman kot. Legends ni tiada galang gantinya.. the only one HO.. ”
” Pagi tadi masa hantar anak sekolah .. terkej0t dengar suara abang Halim.. terima kasih kerana mengimbau kenangan kami mendengar suara abg Halim.. ”
” Masih maintain abang Halim Othman. Tetap hensem macam dulu.. Suara tu mengimbau sangat-sangat.. ”
” Rindunyaaa nak dengar suara Abg Halim Othman di radio. Terima kasih menghiasi zaman kecil-kecil saya sehingga remaja.. ”
Berpuluh tahun sudah berlalu pun, suara Halim Othman masih sama seperti dahulu. Terubat rindu para peminat Halim apabila dapat mendengar suara Halim secara live berkumandang di radio Era. Semoga Halim terus sihat dan gembira selalu. Terima kasih mewarnai dunia ramai orang suatu masa dahulu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
- 
																	   Artis / Selebriti7 days ago Artis / Selebriti7 days ago” Dia punya ucapan untuk suami memang kelakar, tak pernah serius lah Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Tak pernah lagi ulang-ulang dengar lagu Negaraku sebelum ni. Sedap betul suara Amad nyanyi.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” First time tengok ayah Ajah dengan Ajim. Alaa kak Yati ni, suka tau buat kita sekali nangis.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti1 day ago Artis / Selebriti1 day ago” Sikit sikit perli, kuda lah, senduk lah, kesian lah dekat dia. Kita faham kita biasa kena kecam.. ” – Datin Shahida 
- 
																	   Artis / Selebriti4 days ago Artis / Selebriti4 days ago” Ingatkan merajuk kat bilik, kemain jauh nau perginya.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Kita pula yang senyum-senyum tengok dorang nyanyi, hehe.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti5 days ago Artis / Selebriti5 days ago” Jawapan dia, dah macam daddy punya ayat. Pandai buat lawak.. ” – Komen Netizen 
- 
																	   Artis / Selebriti3 days ago Artis / Selebriti3 days ago” Sabar dan tenangnya Kamal. Sedih dengar dia mohon maaf secara terbuka macam ni.. ” – Komen Netizen 

 
																	
																															 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	 
									 
																	
