Artis / Selebriti
” Berair mata tengok reaksi Maryam tu. Omma menang besar kali ni.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Maryam Younarae, Nik You Rina Ingin Solat Sambil Menyebut Allahuakbar Buat Maryam Teruja. Alahai Pandainya Rina Ni, Sampai Bergolek Omma Sebab Happy Tengok Rina. Betul Lah Anak Mengikut Apa Yang Mak Ayah Buat. Hebat Didikan Maryam Dan Ryzal !!
Kehidupan Maryam You Narae bersama Nik Ryzal dan anak mereka Nik You Rina sentiasa menjadi perhatian warganet. Rina anak kacukan Korea Malaysia yang menyenangkan dan gelagatnya selalu menghiburkan warganet yang menonton setiap perkongsian mengenai Rina.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Duriankimchi, telah dimuatnaik satu video yang memaparkan Rina ingin solat. Melihat Ommanya memakai kain telekung, Rina pantas sahaja menyarungkan songkok Ryzal ke kepalanya dan berdiri di atas sejadah.
Sambil mengangkat tangannya seperti mengangkat takbir, Rina menyebut ‘ Allahuakbar ‘. Telatah Rina ini membuatkan Maryam benar-benar teruja. Hati ibu mana yang tidak gembira jika anak yang belum 2 tahun usianya sudah sepandai ini.

Cerdik dalam pelajaran sahaja sudah cukup menggembirakan apatah lagi pandai dalam agama, lagi bertambah bahagia si ibu. Terbaring Maryam di lantai kerana terlalu happy mendengar Rina menyebut berkali-kali kalimah Allahuakbar itu.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen dan pujian yang diberikan oleh warganet kepada Rina :
” Alhamdulillah semoga menjadi anak yang solehah, Aamin.. Allahuakbar, Rina you so good girl.. Reaction Maryam tu buat kita nang1s lah.. ”
” Berair mata tengok reaksi Maryam tu. Omma menang besar kali ni. Kebahagiaan seorang ibu.. Alhamdulillah.. ”
” Wah Rina so clever.. Mariam tak boleh move on dah tu.. Masya-Allah tabarakallah, anak² memang copy paste ibu ayah.. ”
” MasyaAllah semoga Rina membesar menjadi anak yg soleh .. hebat didikan Rizal and mariam.. kita lak nang1s tengok.. ”
” Anak tengok apa yang ibu bapa buatkan.. Hebat didikan Ryzal dan Maryam.. Ya Allah pandainya dia.. Mariam dah mcm h1steria tu hehe… Alhamdulillah.. ”
” Alhamdulillah Rina ikut apa yang dia selalu nampak. Tahniah ryzalibrhm dan maryamyunrrr semoga diberkati selalu.. Rina memang budak yang bijak.. ”
” Alaa awat ayaq mata keluaq ni.. seb4k tengok reaksi Maryam tu. Rina pandai dan comel sangat.. semoga menjadi anak yg solehah cemerlang dunia akhirat aamiin.. ”

Sejuk perut Omma mengandung apabila Rina menunjukkan minat untuk solat begini. Reaksi spontan Maryam membuatkan ramai yang tersentuh. Semoga Rina menjadi anak yang solehah, yang baik budi pekertinya dan murni akhlaknya terhadap semua makhluk.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Duriankimchi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mantap, tak padan dengan kecil. In character betul, seram pun ada tau.. ” – Komen Netizen

