Artis / Selebriti
” Makin lama, makin rosak Tokram ni. Ghaib dah versi Tokram garang.. ” – Komen Netizen
Video Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad menyakat Tokram di Konsert Suku Akhir Gegar Vaganza 12 buat warganet terhibur. Berdekah penonton di auditorium dengar usikam Nabil itu. Tokram pun membahan balik, kelakar sungguh..
Hubungan rapat antara Nabil Ahmad dan Dato’ Ramli MS atau Tokram sudah lama terjalin. Sejak Nabil mengacara Gegar Vaganza (GV) musim 1, kini GV telah pun memasuki musim ke 12 dan persahabatan mereka semakin rapat. Nabil suka mengusik dan menyakat Tokram ketika mengacara GV. Setiap musim, ada sahaja telatah mereka yang mencuit hati.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Mun_moona, telah dikongsikan satu video yang memaparkan telatah Nabil dan rakan sekerjanya, Sherry Alhadad mengusik Tokram ketika Konsert Suku Akhir GV 12 sedang berlangsung baru-baru ini. Semakin meriah pentas GV dengan gelak ketawa apabila Nabil digandingkan dengan Sherry.
Usikan Nabil dan Sherry menggeletek hati penonton di auditorium dan masing-masing ketawa besar mendengar pasangan host ini menyakat. Nabil memulakannya dan Sherry pula menambah, Tokram sendiri pun ketawa dengan gelagat mereka berdua.

Tokram yang suatu masa dahulu sering kelihatan garang dan serius wajahnya, kini sudah semakin berubah. Tokram semakin banyak ketawa dan kata-kata spontan yang keluar dari mulut Tokram juga kelakar. Gara-gara Nabil, saban minggu semakin ‘rosak’ Tokram dibuatnya.
Jom tonton video di bawah :
@mun_moona Relaks Tokram kena usik dgn @sherry_alhadad and @Nabilahmad 😆😆 GV 12 – Minggu 10 – Jom Usha Di Astro atau Sooka #GegarVaganza2025 #GV12 #Vaganzers #GVVerse #SemangatNo1 @Astro Malaysia @Vaganzers Superfans @sooka malaysia
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka:
” Kita repeat banyak kali.. bahan yang termahal kali ni untuk tok ram.. Nabil je y berani sakat tokram Smpai cengitu haha.. “
” Nabil tak sah kalau tak membahan tokram. bahan hiburkan hati, santai je dorang ni. tokram syg nabil walaupun kena sakat dgn dia haha.. “
” Kahkah sepit siput pun kena mention haha.. live kt tv byk kena mute haha.. mst ada benda parok kena bahan.. “
” Ada je Nabil dengan Tokram ni usik mengusik haha.. 2 orang ni makin lama makin lawak, tokram pun hilang terus garang dia gara-gara Nabil.. “
” Hahaha lawak lah Nabil dengan Sherry kenakan Tokram. Tokram pun xduduk diam eh, sporting betul tokram sekarang. Makin lucu.. “
” Tokram senyum lebar weh, makin kelakar tokram. ghaib dah versi tokram garang lama-lama dengan si Nabil ni.. tergelak sama tengok tokram kena sakat.. “
” Makin lama makin rosak tokram ni, semua sebab Nabil. Lucu eh tak benti menyakat masing-masing. dua-dua tak nak kalah tu tak tahannya haha.. “
Apabila Nabil dan Tokram dalam satu program, memang riuh rendah dengan ketawa kerana perangai suka mengusik antara satu sama lain itu. Apa-apa pun, itu hanya lah gurauan mereka sahaja dan realitinya Nabil dan Tokram mempunyai hubungan yang akrab seperti anak dan ayah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok mun_moona
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Walaupun kadangkala emosi tu macam ribut taufan.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Pandainya Ayash nyanyi lagu ibu. Penuh penghayatan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lebih kurang sama suaranya, tak boleh nak bezakan. Semua mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama mesti sebak kan sebab anak dah boleh imamkan solat.. ” – Komen Netizen

